Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Khalid: Kemenangan PRK Kajang lebih utama dari pertandingan parti

$
0
0

KEADILAN DAILY


SHAH ALAM : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap meletakkan kemenangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang sebagai keutamaan berbanding pertandingan peringkat parti yang ditandinginya.

Beliau yang membuat pengumuman bertanding jawatan Timbalan Presiden KEADILAN malam tadi, mengingatkan ahli parti  terlebih dahulu memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang, kekal di tangan KEADILAN.

“Tak guna perjuang jawatan parti kalau tak dapat pertahan N25 (Kajang). Kekalahan bermakna kejatuhan buat parti kita.

“Saya sama sekali tidak akan mengutamakan diri lebih daripada parti,” katanya ketika membuat pengumuman berkenaan di kediaman rasminya yang dihadiri ratusan penyokongnya, malam tadi.

Memetik laporan portal Selangorku, Khalid berulang kali menegaskan kemenangan PRK Kajang sebagai tumpuan utama dan pengukuhan parti jauh lebih penting daripada kepentingan mana-mana individu.

Beliau juga mahu KEADILAN terus kukuh dan tidak ketinggalan berbanding parti lain dalam Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional (BN).

“Jangan heboh sangat pasal pertandingan peringkat parti sampai abaikan PRK Kajang,” katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722