Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Pastikan Anwar menang di Kajang sebelum tumpu pemilihan PKR, kata Azmin

$
0
0
OLEH MD IZWAN

Azmin (kiri) bersalaman dengan Khalid (kanan) sambil diperhatikan oleh Anwar dalam suatu majlis. - Gambar fail. Azmin (kiri) bersalaman dengan Khalid (kanan) sambil diperhatikan oleh Anwar dalam suatu majlis. - Gambar fail.


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengalu-alukan pengumuman Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabarnya tetapi berkata, misi memastikan kemenangan parti itu di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undang Negeri (DUN) Kajang dan seterusnya pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baru, perlu berjaya terlebih dahulu.

"Bagi saya, tumpuan hari ini ialah untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di Kajang. Itu fokus saya bagi memastikan PR yang diwakili Datuk Seri Anwar bukan sekadar menang biasa tetapi kita akan berusaha memastikan beliau menang dengan cukup menyakinkan.

"Harapan kita menang dengan majoriti lebih besar, tetapi kita kena berusaha ke arah itu," kata Azmin kepada The Malaysian Insider.

Azmin berkata, sebagai sebuah parti yang mengamalkan demokrasi, sesiapa pun boleh bertanding untuk apa-apa jawatan.

"Tetapi sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, kita mesti tahu keutamaan dalam melaksanakan tugas parti," kata Azmin mengulas pengumuman Khalid semalam yang mengumumkan hasratnya mencabar Azmin.

Kedua-dua pemimpin PKR tersebut dilihat tidak sebulu dan bersaing antara satu sama lain. Pertelingkahan mereka diburukkan lagi dengan pemecatan Azmin daripada anak syarikat negeri Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) baru-baru ini.

Anwar diberitakan bakal menggantikan Khalid sebagai menteri besar jika menang di Kajang, walaupun Khalid menafikannya.

Pada masa sama, Khalid menawarkan dirinya sebagai pengarah jentera PKR di Kajang, tugas yang menjadi tanggungjawab Azmin sebagai Pengerusi PKR Selangor. Ia dilihat sebagai usaha Khalid menonjolkan dirinya sebagai pemimpin berwibawa dan mendapatkan pengaruh, menjelang pemilihan parti.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa permintaan dilantik pengarah pilihan raya di Kajang dibuat sendiri oleh Khalid kepada Anwar, sebagai perjanjian melepaskan jawatan menteri besar.

Azmin menerima secara terbuka pengumuman Khalid untuk mencabar jawatannya. - Gambar fail.Azmin menerima secara terbuka pengumuman Khalid untuk mencabar jawatannya. - Gambar fail."Bagi saya, itu penghinaan kepada kekuatan minda anggota parti PKR yang sebenarnya menilai bukan di saat-saat akhir, tetapi menilai prestasi kerja seseorang itu dalam tempoh yang diberikan amanah sebelum ini," kata Azmin yang merujuk kepada Khalid.

Azmin mengingatkan Khalid supaya tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pengarah PRK dan memastikan kemenangan Anwar sebagai calon mewakili PR.

Azmin juga menggesa semua pemimpin PKR dan penyokong tidak terlalu sibuk melobi semasa PRK Kajang semata-mata untuk mendapatkan pengaruh dalam pemilihan parti.

"Bagi saya pemilihan ini bukan untuk bersaing atau bertembung, tetapi menawarkan khidmat bakti kita kepada parti dan perjuangan itu ada keutamaannya.

Terdahulu, The Malaysian Insider melaporkan kemungkinan Khalid bertanding dalam jawatan nombor dua PKR dengan sokongan Anwar, sebagai ganjaran melepaskan kedudukannya sebagai menteri besar Selangor.

"PRK Kajang ini hanya platform bagi pemilihan parti April nanti," kata satu sumber dalaman parti, yang juga mendedahkan bahawa sehingga kini, Khalid masih belum menandatangani sebarang surat perjanjian untuk melepaskan jawatannya.

"Mana ada dia tandatangani, sampai sekarang pun belum ada apa-apa lagi.

"Ini yang membimbangkan. Khalid mungkin menggunakan surat tersebut untuk memaksa Anwar untuk menyokong dia," tambahnya.

Pemilihan PKR akan bermula 25 April dan berakhir pada 11 Mei ini. Penamaan calon di peringkat pusat akan diadakan pada 29 Mac.

Bagi peringkat cawangan pula, ia akan diadakan mengikut zon bermula 4 hingga 13 April ini.

Azmin menjadi Timbalan Presiden PKR sejak tahun 2010 dan tidak lama kemudian dilantik menjadi pengerusi PKR Selangor, menggantikan Khalid.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722