Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Siasat akaun pegawai kanan polis ada RM20 juta

$
0
0

Basyar Ab.kadir
Latheefa_Koya

KUALA LUMPUR : Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya berkata, satu pendakwaan harus dibuat ke atas pegawai kanan polis yang mempunyai akaun sebanyak RM20 juta, seperti pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kalau betul terdapat dalam pegawai kanan polis mempunyai RM20 juta dalam akaun, perlu ada penyiasatan profesional secepat mungkin.

“Kita desak satu pendakwaan dibuat, bukan sahaja siasatan dilakukan terhadap pegawai polis terbabit,” katanya kepada Keadilandaily.

Kata Latheefa jumlah itu terlalu besar dan tidak setaraf dengan pendapatan pegawai kanan polis.
“Sebab kalau polis mempunyai akaun sebanyak itu, tidak akan sama dengan gaji atau pendapatan mereka,” tegas Latheefa.

“Jadi kita minta Kementerian Dalam Negeri, dimana PDRM berada di bawah kementerian ini menjawab apa yang sedang berlaku,” kata Latheefa mendesak Kementerian Dalam Negeri menjawab kes berprofil tinggi ini kerana menjejaskan kredibilti penjaga keselamatan negara.

Semalam, Malaysia Insider melaporkan pendedahan pegawai SPRM bahawa seorang dari 60 pegawai kanan polis yang disiasat mempunyai RM20 juta dalam beberapa akaun banknya.

Keadilandaily sebelum ini melaporkan pegawai kanan polis termasuk yang berpangkat ‘Datuk’ antara yang diminta memberi kenyataan kepada SPRM berkaitan kes pengubahan wang haram bernilai RM6 juta.

Sebelum itu pada November 2013, dilaporkan tiga pegawai berpangkat timbalan penguasa, penolong penguasa dan sarjan ditangkap secara berasingan oleh SPRM. Semasa tangkapan mereka menemui RM500,00 tunai, jam Rolex dan barang kemas.

Susulan itu, dua pegawai yang ditahan dipindahkan ke Johor dan Negeri Sembilan dengan salah seorang daripada mereka terlibat dengan penggubahan wang haram bernilai RM1.7 juta, manakala yang lain RM4.3 juta

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722