Alif Mustapha
KAJANG - Menunaikan solat hajat memohon kepada Allah supaya menurunkan hujan adalah tindakan yang lebih baik berbanding mengadakan demonstrasi jalanan.
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Impian Ehsan Zainal Abidin Zainudin berkata demikian sebagai tanda bersetuju dengan cadangan beberapa penduduk untuk mengadakan solat hajat.
"Saya menerima satu risalah yang diberikan penduduk, dia kata kalau pergi (demonstrasi) di depan itu (laluan masuk Taman Impian Ehsan) lebih baik kita buat solat hajat mohon hujan turun. Mereka mahu cari pengaruh untuk tunjuk yang dia (ADUN Balakong) berkuasa. Nak melagakan orang Melayu dan dia hanya bertepuk tangan," katanya ketika ditemui Rakyat News di sini semalam.

Jelas Zainal, tindakan beberapa kumpulan kecil yang didakwa penyokong DAP itu dilihat sedang berusaha menutup kelemahan pentadbiran kerajaan negeri berhubung krisis air di kawasan mereka. Dalam masa sama Zainal juga menolak tuduhan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tersebut Eddie Ng Tien Chee yang mendakwa UMNO mengagihkan air secara terpilih.
"Kalau saya kroni, saya hubungi orang UMNO suruh mereka turun dahulu ambil air. Malah ada yang tuduh saya dibayar oleh SYABAS, ada yang kata kami jual air. Terima kasih banyak-banyak, saya buat kebaikan kerana Allah Taala," kata Zainal atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Zainal yang juga merupakan bekas pemimpin UMNO dikawasan tersebut.
Eddie Ng sebelum ini mendakwa penghantaran lori tangki SYABAS ke kawasan terjejas bekalan air di sana dieksploitasi UMNO yang kononnya hanya mengagihkannya kepada penyokong Barisan Nasional (BN) saja.
Lantas itu, sebagai wakil rakyat yang dipilih dan diamanahkan oleh rakyat untuk memikul tanggungjawab, Eddie seharusnya memikirkan jalan penyelesaian untuk menangani krisis air itu daripada berterusan menyalahkan pihak UMNO dan BN.