MALAYSIAKINI
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata beliau sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan projek kerajaan di Terengganu sebagaimana didakwa pembangkang.
"Saya sedia disiasat SPRM... saya serahkan kepada SPRM untuk selesaikan masalah ini," kata kepada pemberita selepas merasmikan masyuarat agung Persatuan Ibu Bapa Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok di sini hari ini.
Beliau menyifatkan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi membuat laporan SPRM itu tidak lebih sekadar permainan politik.
Semalam Syed Azman bersama Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail yang juga Adun Bandar dan Anggota Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menyerahkan apa yang didakwa sebagai dokumen berkaitan salahlaku dan penyelewengan kerajaan negeri itu kepada SPRM di Kuala Lumpur.
Beliau menyerahkan enam dokumen yang berkaitan dengan isu Pasar Payang, pembalakan, perlombongan, Lebuhraya Pantai Timur 2 dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Ahmad berkata beliau akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM untuk siasatan itu.
"Selebihnya...saya enggan komen," katanya. - Bernama