MALAYSIAKINI
Bekas Timbalan Menteri P Waythamoorthy berkata peruntukan RM35 juta bagi menyelesaikan isu flat Taman Permata di Dengkil adalah satu "berita" baginya, kerana ia tidak pernah timbul dalam perbincangannya dengan perdana menteri mengenai perkara itu.
Sambil mengalu-alukan peruntukan tersebut, beliau bagaimanapun, menegaskan bahawa ia hanyalah satu daripada banyak isu yang NGO beliau, Persatuan Hindraf Malaysia, berusaha untuk menyelesaikannya.
"Dengkil bukan satu-satunya. Terdapat juga estet Bukit Jalil dan begitu banyak estet di negara ini, di mana penduduknya perlu ditempatkan semula dengan baik dan rumah dibina untuk mereka dengan sempurna.
"Menyelesaikan satu masalah sahaja tidak akan menyelesaikan masalah keseluruhan masyarakat India. Kami mempunyai senarai yang sangat panjang, kerana kita telah diabaikan selama lebih 50 tahun," katanya pada sidang akhbar hari ini.