MALAYSIAKINI
Seorang tahanan lelaki yang menghidap penyakit HIV meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Selasa lepas, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad semalam.
Beliau berkata dua anggota polis membawa tahanan berusia 35 tahun itu ke hospital tersebut dari lokap Balai Polis Dang Wangi pada pukul 10.40 malam selepas tahanan itu mengalami sawan dan mulutnya berbuih.
"Semasa menerima rawatan di HKL, tahanan disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan pada pukul 11.30 malam, hari yang sama dia ditahan," katanya dalam kenyataan.
Zainuddin berkata mangsa ditahan pada pukul 11.30 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Dang Wangi di kawasan Kampung Limau, Jalan Dewan Sultan Sulaiman di ibunegara kerana disyaki terlibat dalam kegiatan dadah.
"Ujian air kencing suspek mendapati positif 'Opiate' dan dia ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (APD) 1983. Suspek kemudiannya dimasukkan ke lokap pada pukul 2.35 petang tanpa sebarang kecederaan," katanya.
Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek mengakui dirinya seorang penagih dadah tegar, hidup sebagai gelandangan dan menghidap HIV kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
"Bedah siasat yang dijalankan oleh Dr Ahmad Hafizan Hasni pada pukul 3.30 petang semalam mendapati tiada sebarang kecederaan di seluruh badan mangsa.
"Kematian berpunca kerana jangkitan kuman pada paru-paru. Bagaimanapun pihak perubatan masih meneruskan pemeriksaan bagi menentukan punca sebenar menyebabkan kematian," katanya.
Beliau berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).- Bernama