Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Hentikan kecaman terhadap saya - Teresa

$
0
0
HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang menjadi mengsa kecaman NGO pro Umno ekoran klip video Onederful Malaysia, menyeru pihak terbabit menghentikan tindakan tersebut terhadapnya.

Teresa berkata, pihak tersebut dipelawa menonton klip video terbabit yang kini dimasukkan sarikata Bahasa Malaysia, supaya semua rakyat termasuk orang Melayu memahaminya dengan dengan lebih jelas.

Tajuk klip video yang mempunyai sarikata Bahasa Malaysia dalam youtube ialah “Teresa Kok Onederful Malaysia CNY 2014 Sarikata Bahasa Malaysia”

"Diharap usaha ini dapat membetulkan persepsi yang salah serta mendedahkan pembohongan golongan rasis yang telah membuat tuduhan palsu terhadap saya .

"Juga diharapkan golongan yang telah menabur fitnah terhadap saya kerana tidak faham Bahasa Mandarin dan Kantonis serta gagal memahami isi kandungan klip video satira “Onederful” Malaysia supaya menghentikan perbuatan yang sia-sia itu," ujarnya.

Menurut Teresa, klip video “Onederful Malaysia" yang berbentuk satira politik sempena Tahun Baru Cina pada 31 Januari 2014, itu mendapat sambutan baik daripada masyarakat yang memahami bahasa Cina, khususnya golongan muda.

Tetapi katanya, ada pihak yang tidak bertanggungjawab daripada Umno telah memutarbelitkan klip video satira politik tersebut dengan mendakwa beliau mengutuk orang Melayu.

"Mereka menuduh saya mengatakan "Melayu mati" atau "orang Melayu bodoh". Tuduhan-tuduhan itu adalah bohong dan mungkin berpunca kerana orang yang membuat tuduhan tersebut tidak faham bahasa Mandarin dan Kantonis dalam klip video itu.

"Berikutan tuduhan-tuduhan palsu itu, telah berlakunya gangguan, ugutan dan ancaman terhadap saya," jelas beliau lagi.

Dalam pada itu beliau juga menyeru golongan yang tidak bertanggungjawab menghentikan memutar belit kononnya ayam mati dan cat merah yang dilempar ke tangga pusat khidmat DAP Seputeh dibuat beliau sendiri.

"Saya telah menunjukkan bukti bahawa pintu grill itu mempunyai lubang yang boleh dimasukkan tangan untuk membuang cat merah yang dimuat dalam bungkusan plastic dan juga ayam mati," jelas beliau.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722