Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

SYABAS nafi agih air berdasarkan parti politik

$
0
0

MALAYSIAKINI


Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menafikan berlakunya sikap pilih kasih dalam pengagihan air berdasarkan parti politik.

Penolong pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred berkata Pusat Khidmat Setempat (PKS) di Taman Impian Ehsan sejak 7 Februari lalu, yang merupakan satu kabin secara kebetulan mempunyai logo BN.

Menurutnya, PKS adalah pusat menyalurkan maklumat dan bantuan pengagihan bantuan air kepada pengguna yang terputus bekalan akibat penutupan loji rawatan air Cheras, Batu 11, kerana pencemaran ammonia di Sungai Langit.

"PKS di Taman Ehsan ini mendapat kerjasama penuh pengerusi KRT Taman Impian Ehsan, Zainal Abidin Zainuddin.

"Beliau membantu mengiringi semua lori tangki SYABAS yang melaporkan diri di PKS untuk menghantar lori tangki air ke kawasan terjejas bekalan air," katanya dalam satu kenyataan, seperti dilapor Sinar Harian hari ini.

Beliau membuat kenyataan itu sebagai maklum balas kepada ADUN Balakong, Eddie Ng Tien Chee yang turut dilaporkan Sinar sebagai mendakwa terdapat penghantaran lori tangki SYABAS dikawal oleh parti politik.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722