MALAYSIAKINI
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman menggesa pemikir, Dr Kassim Ahmad agar segera bertaubat kerana dakwanya kenyataan Kassim pada seminar di Putrajaya pada 16 Februari adalah sesat dan menyeleweng.
Menurut Abdul Rahman, pegangan orang Islam adalah al-Quran dan hadis dan mereka yang mempertikaikannya boleh dianggap sebagai bukan lagi beragama Islam.
"Orang Islam di seluruh dunia pegangannya ialah al-Quran dan hadis serta tidak boleh dipertikaikan lagi.
"Dia patut bertaubat dan jika orang percaya dengan kenyataan itu, ia juga sudah dianggap menyeleweng," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian, hari ini.
Sementara itu, Berita Harian pula melaporkan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Dr Abdul Shukor Hussin menggesa agar fatwa pengharaman buku Kassim, Hadis: Satu Penilaian Semula pada tahun 1986 dikuatkuasakan.
"Kita minta pihak berkuasa agama negeri mengambil tindakan tegas dan dengan segera menguatkuasakan fatwa kerana ketika ini Islam ditekan daripada pelbagai semua sudut," katanya.