Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

SELCAT: Tiada sokongan Pusat ganggu Selangor tangani banjir

$
0
0
Oleh: Norhayati Umor


SHAH ALAM  : Kerajaan Pusat tidak menyalurkan peruntukan yang mencukupi kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyebabkan isu banjir di negeri itu tidak dapat diselesaikan sepenuhnya.

Perkara itu diakui Pengarah JPS negeri, Ab Qahar Osman dalam sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) berhubung pebelanjaan belanjawan 2012/2013 bagi pengurusan tebatan banjir oleh JPS.

Beliau berkata Kerajaan Pusat ada memberikan peruntukkan tetapi hanya untuk projek khas sahaja.
SELCAT
Sehubungan itu,peruntukan tidak mencukupi menyebabkan JPS hanya boleh melakukan penyelenggaraan saliran setahun sekali sahaja, sedangkan penyelenggaraan memerlukan empat kali setahun.

“Kawasan yang ada parit perlu di selenggarakan empat kali setahun contohnya di Klang, tetapi kita hanya mampu selenggarakan setahun sekali sahaja,” katanya yang menjawab pertanyaan Pengerusi SELCAT, Hannah Yeoh.

Qahar turut memaklumkan kos keseluruhan untuk melaksanakan ‘master plan’ bagi projek tebatan banjir di Klang sebanyak RM1 bilion.

“Master Plan memang sudah siap pada 2009.

“Begitu juga dengan proses untuk kaji selidik dan reka bentuk, ia memakan masa yang panjang, sekurang-kurangnya enam hingga lapan bulan baru boleh panggil tender,” katanya.

Beliau juga mengakui masalah utama penyelesaian masalah banjir berpunca dari proses reka bentuk dan Jurutera tidak mencukupi.

Selcat“Kakitangan JPS mempunya lebih 800 manakala hanya seorang Jurutera dilantik bagi setiap daerah,” katanya.

Selain itu, beliau berkata selain Klang, daerah Petaling dan Kajang sahaja mempunyai ‘Master Plan’.

“Bagi daerah Petaling, hanya Serdang dan Seri Kembangan, manakala Kajang di Bandar Kajang.

“Sedangkan di daerah yang banyak aduan banjir adalah di Klang, Petaling, Gombak dan Hulu Langat,” katanya.

Ketika ditanya berhubung tindakan susulan untuk berbincang masalah itu dengan Kerajaan Negeri, Qahar hanya menjawab permohonan peruntukkan tambahan yang dikemukakan JPS diluluskan setiap tahun oleh Kerajaan Negeri.

Di Selangor, JPS bertanggungjawab menyelesaikan masalah banjir. Namun begitu, JPS adalah jabatan persekutuan yang berada di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Oleh itu, dana dan peruntukkan pengurusan dan pembangunan adalah dari Kerajaan Pusat.

Peruntukan untuk JPS di Selangor dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK 10) manakala Kerajaan Negeri hanya bertanggungjawab kepada pembayaran gaji pegawai dan kakitangan JPS yang bekerja di negeri itu.

Sebelum ini, JPS dan dimaklumkan JPS telah memohon RM1 billion daripada Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan masalah banjir ini termasuk menjalankan kerja pengurusan, pembersihan dan penyelenggaraan sungai.

Meskipun peruntukan ini sudah dimasukkan dalam RMK-10 namun permohonan itu dikategorikan tahap ketiga.EZY

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722