SELANGOR KINI
SHAH ALAM : Kerajaan Negeri menggesa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk menempatkan lebih banyak lagi tangki statik di beberapa lokasi yang agak kritikal di beberapa lokasi di Kajang,Balakong dan kawasan sekitar.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Kim, berkata Kerajaan Negeri juga mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan lori tangki untuk dihantar ke lokasi yang menghadapi gangguan air kritikal disebabkan tekanan air rendah.
Katanya, Kerajaan Negeri juga berharap dalam pada masa sama pengguna mengamalkan usaha penjimatan air disamping dapat bersabar bagi menghadapi gangguan bekalan.
“Ia ekoran cuaca panas yang berpanjangan yang dijangka hingga penghujung bulan Februari ini,” kata Teng dalam satu kenyataan media.
Beliau berkata, Pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) kelmarin menyita 7 buah premis mencuci kereta yang beroperasi tanpa lesen dalam kawasan majlis.
Ia bagi memberhentikan operasi mereka serta merta dalam melaksanakan usaha penjimatan air ekoran gangguan air di beberapa tempat di Selangor sejak kebelakangan ini. EZY