THE MALAYSIAN INSIDER
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) dan Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmi Ali akan dipanggil sebagai saksi oleh Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) setelah badan itu memutuskan pendengaran awam berhubung kontroversi sekitar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Namun, ia akan berlangsung selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang yang menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PKR selesai.
PRK Kajang akan diadakan pada 23 Mac manakala Selcat mengenai PKNS bersidang pada 25 dan 26 Mac.
Pengerusi Selcat dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Hannah Yeoh berkata, pendengaran itu akan meneliti kontroversi “pemecatan” Azmin sebagai anggota PKNS dan 22 orang lagi kakitangan PKNS Holding, anak syarikat Selangor itu baru-baru ini.
Pengurus besar PKNS menghantar surat kepada Azmin memaklumkan beliau ditamatkan perkhidmatan sebagai ahli lembaga pengarah PKNS.
Ia menyandarkan surat itu kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor yang tidak memasukkan nama Azmin sebagai ahli lembaga baru dengan hanya mengosongkan jawatan itu untuk kerusi PKR.
Khalid menafikan Exco memecat Azmin dan menyalahkan pengurus besar PKNS yang menafsirkan keputusan Exco sebagai pemecatan ke atas Azmin.
Ekoran itu kontroversi berlaku dan Khalid didakwa cuba menzalimi timbalan presiden PKR itu.
Selepas itu, PKNS Holding memecat 22 kakitangannya yang selama ini bertugas dengan PKNS secara kontrak selepas badan induk tidak mahu menyambung perkhidmatan mereka.
Khalid menjelaskan, tindakan itu berjaya menjimatkan RM6 juta setiap tahun kerana kakitangan itu bertindih dengan kakitangan sedia ada dalam PKNS di samping mendapat gaji berlipat kali ganda berbanding kakitangan biasa.
Tindakan itu didakwa Azmin sebagai usaha untuk menyerang beliau kerana kebanyakan kakitangan di situ dikaitkan dengan beliau.