Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Waythamoorthy kecewa gagal tuntut bajet

$
0
0
SINAR HARIAN


Datuk Dr S SubramaniamDatuk Dr S Subramaniam


PUTRAJAYA - P. Waythamoorthy meletak jawatan sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas gagal menuntut semua bajet kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah kawalannya, kata Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata tuntutan Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) itu adalah keterlaluan dan tidak wajar, justeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memenuhi tuntutannya.

"Saya diberitahu seolah-olah Hindraf mahu mengawal kesemua pembiayaan dan mekanisme penyampaian untuk masyarakat India...ini sudah tentu sukar bagi perdana menteri untuk bersetuju.

"Sudah tentu ada banyak kaedah untuk menyampaikan pembiayaan," kata Dr Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, pada sidang media di sini hari ini.

Beliau mendakwa Waythamoorthy juga sentiasa mencari jalan untuk bekerja secara keseorangan tanpa menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan MIC dalam usaha menyelesaikan masalah kaum India.

"Beliau bekerja secara keseorangan dan kami tidak tahu banyak apa yang beliau lakukan," katanya.

Katanya kerajaan dan MIC sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah kaum India dan segala kekurangan dalam sistem penyampaian sedang diatasi.

"Pada mesyuarat Kabinet hari ini, perdana menteri telah menjelaskan macam mana kerajaan boleh melaksanakan cadangan pelan tindakan pembangunan sekolah Tamil," katanya.

Pada 14 Februari lepas, Najib mengesahkan menerima surat peletakan jawatan oleh Waythamoorthy. - Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722