Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Perkasa cadang Front Perpaduan Nasional ganti MPPN

$
0
0
OLEH DIYANA IBRAHIM



























Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini menyarankan penubuhan gabungan kesemua badan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam iaitu Front Perpaduan Nasional sebagai satu alternatif menggantikan kegagalan Majlis Perundingan Perpaduan Negara (MPPN).

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata cadangan itu timbul setelah melihat MPPN‎ tidak lagi berupaya membantu kerajaan ‎mengekalkan perpaduan di antara rakyat Malaysia.

‎"Sebagai gantinya atau pilihan saya cadangan gabungan kesemua Melayu Islam yang dapat dijadikan barisan hadapan di mana ia dapat menangani masalah agama dan bangsa dengan lebih mendalam dan agresif.

"Mana-mana NGO yang terlibat mesti menandatangani deklarasi mempertahankan Perlembagaan Negara dan Rukan Negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau menyelar tindakan MPPN yang kerap kali mengkritik Putrajaya walhal sebenarnya badan itu langsung tidak layak untuk berbuat demikian.

"Hebat MPPN boleh tegur Putrajaya lambat bertindak tangani masalah perkauman dan agama, mereka sendiri sebenarnya sudah berat sebelah namun masih lagi berani menggelarkan diri mereka Majlis Perundingan Perpaduan Negara," katanya.

‎Tegasnya MPPN tidak layak menegur Putrajaya kerana kenyataan pertama mereka sudah dilihat lebih bersifat partisan.

‎Ibrahim berkata, perubahan mesti dilakukan dalam MPPN sekiranya masih berminat melibatkan diri membincangkan isu perpaduan seperti merombak kembali ahli mereka.

‎"Agenda pertamanya sepatutnya program promosi sekolah 1 aliran. Jika MPPN tidak mahu bercakap mengenainya eloklah langsung tidak menyentuh soal perpaduan.

"Ahlinya juga tidak menggambarkan dan tidak mewakili lapisan masyarakat. Mana dia Prof Khoo Kay Kim? MPPN tidak sepatutnya mempunyai individu yang pandangan mereka bersifat anti nasional dan partisan," katanya.

Ibrahim juga mendakwa latar belakang ahli MPPN yang dilihat lebih kepada anti kebangsaan dan terlibat dalam gabungan Comango yang ditentang kerana menyokong LGBT dan menamatkan hak istimewa orang Melayu.

"Dari gaya nada suara MPPN tidak bersifat berkecuali. Ia lebih mewakili pandangan ahlinya yang latar belakang mereka adalah anti kebangsaan sekaligus tidak langsung membantu penubuhan majlis itu," katanya.

Ibrahim berkata lagi sejak awal, Perkasa sememangnya akan bersifat prejudis dan akan terus mengenepikan kumpulan yang menentang asas Perlembagaan Negara dan kedaulatan institusi diraja.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722