Kerajaan negeri Selangor mampu untuk memberikan air percuma kepada penduduk Putrajaya dan Kuala Lumpur sekiranya kerajaan pusat membenarkan mereka melaksanakan program penstrukturan air mereka, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar).
Menurut menteri besar Selangor penggal kedua itu, penstrukturan air kerajaan negeri akan melibatkan pengambilalihan empat syarikat swasta yang akan membenarkan dana RM2 bilion diperlukan untuk memberikan 20 meter padu air bagi setiap rumah di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
"Ini sebahagian daripada tawaran kami untuk mendapatkan sokongan penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya.
"Sebahagian daripada program penstrukturan kami," kata Abdul Khalid selepas menghadiri seminar air dan tenaga di Kuala Lumpur hari ini.
Abdul Khalid menjelaskan, sebaik sahaja penstrukturan itu selesai, kerajaan negeri menerusi kenderaan tujuan khas (SPV) akan mengawal loji rawatan dan sistem paip untuk menyalurkan air kepada 2.1 juta pengguna di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya.
Ketika ini, kebanyakan infrastruktur dimiliki dan diuruskan oleh dua syarikat iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang mengendalikan pengedaran dan Puncak Niaga yang mengendalikan loji rawatan.
Sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor 2008, seramai 5.2 juta pengguna menikmati 20 meter padu air percuma setiap bulan. Kos tersebut dibiaya oleh kerajaan negeri.
Menurut Abdul Khalid, usaha penstrukturan tersebut dijangka siap dalam tempoh dua minggu memandangkan dua syarikat, termasuk Syabas dan Puncak Niaga bersetuju memerterai perjanjian tawaran kerajaan negeri sebanyak RM9.65 bilion untuk mengambil alih aset dan operasi.
"Terdapat proses dokumentasi yang perlu dipatuhi. Semua ini adalah syarikat senarai awam dan kerajaan negeri perlu mematuhi semua proses tersebut.
Penstrukturan air antara inisiatif kerajaan Pakatan negeri Selangor bagi menyelesaikan dakwaan pembaziran air dan pengendalian tidak cekap semasa penswastaan dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional semasa memerintah Selangor sebelum ini.
Kerajaan negeri Selangor juga banyak menyalahkan Syabas dalam isu air di negeri tersebut kerana syarikat tersebut mengenakan harga tidak munasabah untuk air tetapi gagal menyediakan perkhidmatan bermutu.
Banyak kemarahan kerajaan Selangor ditujukan pada Syabas kerana ia tuntutan yang syarikat itu mahu mengenakan harga yang tidak munasabah untuk air belum menyediakan perkhidmatan yang kurang bermutu