Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Ahmad Said nak anjur pameran Antartika pula

$
0
0
HARAKAHDAILY


KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu akan menganjurkan seminar dan pameran mengenai Antartika yang akan disertai oleh beberapa ahli sains yang terlibat dengan penyelidikan di benua itu.
  
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said (gambar) berkata seminar dan pameran itu yang akan diadakan dalam waktu terdekat, antara lain akan mempamerkan penglibatan Malaysia dalam melakukan penyelidikan di benua itu sejak zaman bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.
  
"Ketika ini Malaysia negara Islam pertama menubuhkan stesen penyelidikan di benua sejuk itu sejak 10 tahun lalu dan kini kita nampak Turki turut berminat  menubuhkan stesen penyelidikan di Antartika," katanya kepada selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini semalam.
  
Ahmad turut membidas dakwaan pembangkang kononnya pemergiannya ke benua itu satu pembaziran.
  
"Kalau dia (pembangkang) orang Islam, sepatutnya mereka berbangga dengan lawatan itu... semasa pembangkang memerintah Terengganu dulu mereka tubuhkan Jawatankuasa Pelaburan dan pernah pergi ke negara Timur Tengah untuk membawa pelabur ke Terengganu.

"Tetapi apa hasilnya yang mereka buat...yang kita ni sekurang-kurangnya hantar saintis ke sana untuk buat kajian mengenai Antartika," katanya.
  
Ahmad berkata walaupun beliau bukan ahli sains tetapi membuat keputusan mengenai sesuatu seperti untuk membuka stesen penyelidikan dan sebagainya dibuat oleh orang politik. - Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722