MALAYSIAKINI
Wartawan fz.com Azril Annuar dipanggil polis bagi membantu siasatan terhadap artikel yang ditulisnya berhubung pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Azril hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Kajang untuk siasatan pagi ini ekoran artikelnya pada 4 Februari berjudul “Analyst: Will Rafizi quit if Selangor is not toppled?” di fz.com dan The Edge Financial Daily pada hari berikutnya.
Menurut Azril (kiri, berdasi hitam), beliau dimaklumkan bahawa kehadirannya hanya sebagai “formaliti” ekoran ketegangan politik di Kajang sejak Lee Chin Cheh mengosongkannya dan memberi laluan kepada Anwar.
Portal itu juga melaporkan, terdapat juga laporan polis oleh Umno Selangor terhadap kenyataan Pengarah Stategi PKR Rafizi Ramli yang dimuatkan dalam artikel itu.
Azril hadir bersama peguam Joshua Tay dan Pengarah Urusan fz.com Terence Fernandez dan disoal siasat kira-kira dua jam.
Menurut laporan berita portal itu, Inspektor Che Hasfani Che Hassan menjalankan sesi soal siasat secara baik dan mesra.
Siasatan bawah Akta Hasutan
Siasatannya menjurus pada perenggan 11 hingga 13 artikel, yang menyebut:
"And of course in the last one or two weeks we have seen some violence, with Molotov cocktails being thrown. These are things that don't happen on their own. It's planned and endorsed and being carried out by Umno Selangor," Rafizi (kiri) alleged.
"They threatened to have a road show across Selangor to campaign against churches and Christians on the matter of kalimah Allah.”
Fz.com juga melaporkan, Azril diminta memberikan transkrip perbualan beliau dengan Rafizi esok untuk membantu siasatan.
Sementara itu, peguam memaklumkan Azril membantu siasatan bawah Akta Hasutan berkaitan fitnah jenayah.
Mengulas berhubung perkara itu, Gerakan Media Marah (GERAMM) - perkumpulan longgar pengamal media - pula menggesa polis supaya menyegerakan siasatan terhadap Azril.
"GERAMM menggesa polis agar menyegerakan siasatan agar tidak mengganggu tugas beliau sebagai wartawan dan bertindak adil dan profesional dalam siasatan terbabit," kata kumpulan itu dalam satu petang ini.