MALAYSIAKINI
Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menafikan mempunyai permusuhan ketara dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau malah berkata sudah lama mengenali ketua pembangkang dan pada satu ketika lebih rapat berbanding tiga perdana menteri sebelum ini.
“Dia sudah jadi kawan rapat saya sejak Tingkatan Enam,” katanya kepada pemberita di luar Mahkamah Persekutuan.
“Jika kamu tanya dia sama ada saya kenal dia, pada satu tahap saya lebih rapat dengan dia berbanding (Tun) Dr Mahathir (Mohamad), (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi) and Najib Abdul Razak."
Shafee dilantik sebagai ketua pasukan pendakwaan dalam kes rayuan kerajaan terhadap pembebasan Anwar dalam perbicaraan kes Liwat II oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.