Quantcast
Viewing latest article 11
Browse Latest Browse All 28722

UMNO HADIR MUKTAMAR, PAS HADIR PAU


Wartawan Watan-Online
 
Image may be NSFW.
Clik here to view.


UMNO dan PAS melakar sejarah politik baharu apabila kedua-dua parti pembangkang itu bersetuju untuk menghantar wakil ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan Muktamar PAS.

Perkara itu disahkan oleh pemimpin parti masing-masing yang sekali gus memberi isyarat tautan kerjasama dua parti terbesar orang Melayu semakin utuh.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, UMNO akan menjemput pemimpin PAS untu hadir dalam perhimpunan agung pada 29 dan 30 September ini.

Manakala PAS juga akan berbuat perkara sama bagi muktamar parti itu di Terengganu bermula 14 September.

“Kalau dijemput (ke muktamar) kita akan hadir dan saya difahamkan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga sudah memaklumkan hal sama, akan hadir (ke perhimpunan agung).

“UMNO akan jemput PAS, PAS akan jemput UMNO dan kita akan sama-sama menghadirinya,” katanya dalam sidang akhbar bersama PAS Selangor di Ibu Pejabat PAS negeri di Shah Alam, pada Khamis.



Viewing latest article 11
Browse Latest Browse All 28722