Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Andai wanita yang diugut tampar itu isteri Zahid

$
0
0

Oleh Ibnu Mohamad


Jawatan menteri dilantik khas oleh Perdana Menteri bagi memenuhi tuntutan pelaksanaan polisi-polisi negara. Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat ditubuhkan di atas kesedaran harta, nyawa dan maruah rakyat akan dipelihara oleh Perlembagaan Persekutuan.

Polis DiRaja Malaysia yang melaksanakan tugas mengikut perlembagaan dan undang-undang wajib memelihara perkara tersebut daripada dicabuli dan diperkotak-katikkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Insiden yang memalukan rakyat Malaysia amnya dan bangsa Melayu yang beragama Islam khususnya telah menjadikan otak menteri-menteri Malaysia boleh dikategorikan sebagai sampah yang tidak boleh dikitar semula.

Penyembelihan binatang yang tidak sah mengikut syarak dan melumurkan darah pada gambar muka pemimpin DAP di bunting menjadikan Malaysia adalah negara yang menuju kepada konflik perkauman dan agama.

Kebodohan sesetengah pihak demi kepentingan politik tidak dapat diselamatkan lagi melainkan menunggu mereka menemui ajal yang ditentukan.

Namun begitu, terdapat seorang lagi yang berfikiran sampah yang masih terperap di kabinet Malaysia.

Tuan punya pemikiran sampah ini adalah Zahid Hamidi. Zahid Hamidi mempunyai pemikiran sampah kerana menganggap maruah seorang wanita tidak berharga.

Zahid Hamidi juga menganggap tampar bukanlah satu bentuk ancaman yang perlu disiasat. Bayangkan seorang wanita yang diugut untuk ditampar itu adalah isteri beliau.

Apakah beliau akan masih mengeluarkan kenyataan yang tidak bermaruah seperti ini?

Maruah seorang wanita dianggap seperti bahan mainan mengikut pemikiran Zahid Hamidi.

Oleh hal yang demikian, saya mencadangkan seluruh wanita Malaysia bangkit untuk menampar Zahid Hamidi sehingga pemikiran sampah beliau tercampak jauh dari kepalanya.

Zahid: Tawaran tampar Teresa bukan ancaman

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722