Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Taib Mahmud Lepas Semua Jawatan Selewatnya Hujung Bulan

$
0
0
rakyatnews_Taib_mahmud
 
Aqilah Radzuankaidi 
 
 
PETRA JAYA - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bakal melepaskan semua jawatannya selewat-lewatnya hujung bulan ini bagi membolehkan beliau mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
 
Ia sekali gus bakal menyaksikan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingan sekiranya memenuhi syarat ditetapkan perundangan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 
 
Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata, tiga parti komponen BN bersetuju menyerahkan hak memilih bakal Ketua Menteri baharu kepada Abdul Taib. 
 
Sebelum ini, timbul spekulasi mengenai Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan bersara bulan ini apabila beliau tidak hadir pada satu lagi majlis rasmi, yang kedua sejak desas-desus itu mula tersebar di sebuah akhbar berbahasa Melayu dan mendapat perhatian.
 
Semalam, Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, berkata Abdul Taib mengumumkan pengundurannya dan menyerahkan pada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti serta kaukus khas menentukan siapa pengganti.
 
Bagaimanapun dalam mesyuarat hampir lima jam itu, MKT dan kaukus memutuskan memulangkan kuasa menamakan pengganti kepada Abdul Taib.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722