Image may be NSFW.
Clik here to view.
Acryl bersalaman dengan penerima sijil penghargaan pada perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan penyampaian sijil penghargaan di Balai Polis Pasir Puteh, di sini, semalam.
Clik here to view.

IPOH - Seorang lelaki dipercayai aktivis sukarela sebuah parti politik tampil bagi membantu siasatan berhubung surat palsu membabitkan Adun Hutan Melintang, S Kesavan yang menyatakan beliau kononnya keluar parti pada Selasa lalu.
Lelaki berusia 61 tahun itu mendakwa dia menerima surat berkenaan daripada seorang lelaki yang tidak dikenali dalam siri perjumpaan politik di Kajang sempena PRK Dun berkenaan yang akan diadakan Mac ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, rakaman percakapan yang dilakukan, lelaki terbabit tidak mengetahui isi kandungan surat yang dihantar ke pejabat Speaker Dun Perak itu.
"Menurutnya, lelaki terbabit turut menerima sejumlah wang sebagai upah kerana menghantar surat tersebut.
"Bagaimanapun, selepas berita mengenai surat palsu ini tersebar, lelaki berkenaan tampil untuk menceritakan sendiri kepada polis perkara sebenar," katanya.
Beliau ditemui selepas menghadiri pada perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan penyampaian sijil penghargaan di Balai Polis Pasir Puteh, di sini, hari ini.