Oleh : NORHAYATI UMOR
SHAH ALAM,: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pengundi menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang sebagai medan menghentikan pembulian kerajaan.
Beliau yang juga calon PRK Kajang berkata, pendekatan itu perlu diambil kira ketika rakyat sedang bergelut dengan kenaikan harga barangan seterusnya kos sara hidup.
Katanya, rakyat juga perlu bersatu untuk menolak pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana secara berterusan membuli rakyat.
“Rakyat jangan kena buli, kalau kita bersatu kerajaan tidak boleh buli. Rakyat ketika ini berdepan dengan kos harga barang yang tinggi selepas kenaikan harga bahan api, tarif elektrik, air dan gula, sekali gus mewujudkan kesan domino,” katanya pada ceramah umumnya di Taman Koperasi Cuepacs, semalam.
Terdahulu, Anwar sempat bertemu penduduk sekitar Sungai Kantan dalam sesi minum petang dan menunaikan solat di Surau Jenaris.
Pada masa sama, Anwar memaklumkan kerajaan negeri mempunyai dana membantu rakyat dan perlu digunakan sebaiknya untuk meringankan beban mereka.
Anwar berkata, rizab Selangor tidak salah digunakan selagi untuk kepentingan rakyat, berbeza dengan pemimpin BN yang mengagihkan kekayaan secara tidak adil.
“Tetapi yang pentingnya wang ada, kalau saya ingin bantu orang Selangor. Umpamanya, saya mampu beri cadangan pelaksanaan kerana kita ada dana dan wang,” katanya.
Katanya, walaupun beliau juga Ahli Parlimen, tetapi ia tidak akan menghalang untuk berkhidmat kepada rakyat.
“Nak jaga Permatang Pauh dan Parlimen lagi, saya mampu setakat saya boleh buat. Kalau saya fikir tidak boleh, saya tidak ambil,” katanya.-NFN-