MALAYSIAKINI
Dalam usaha mempertahankan bosnya, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz melontarkan kritikan keras terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Bagaimanapun, kata menteri pelancongan dan kebudayaan itu, beliau hanya mengikuti nasihat Mahathir.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Nazri berkata ketika beliau menjadi pemimpin Pemuda Umno, Mahathir memberitahunya bahawa “hanya ada satu saja kapten untuk sebuah kapal”.
Perkara itu, menurutnya, dinyatakan pada tahun pemilihan Umno 1987.
Bagaimanapun, kata Nazri, beliau dikritik teruk ketika mempertahankan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi daripada serangan Mahathir sebelum ini.
“Saya dicerca dan dimarahi oleh Umno kerana mereka kata saya kurang ajar, tiada perasaan hormat.
“Ketika itu, dia (Mahathir) beritahu kami semua, apabila Tengku Razaleigh (Hamzah) serang dia atas satu 'kapal', hanya ada seorang saja kapten.
“Jadi, saya ikut nasihat dia. Jadi saya pertahankan Pak Lah (Abdullah) seperti dinasihatkan Mahathir. Apa salah saya?” soalnya.
Nazri sebelum ini berselisih pendapat dengan Tunku Ismail setelah memberi amaran supaya baginda tidak campur hal ehwal politik atau bersedia untuk 'dibelasah'.
Tunku Ismail sebelum itu mengkritik Najib kerana tidak hadir dalam dialog terus terang dalam isu 1MDB di Kuala Lumpur, sekali gus mengelakkan pertembungannya dengan Mahathir.
Najib mengambil tindakan itu atas isu keselamatan dan mengambil kira nasihat polis.