Oleh: Nadia Hanafi
KUALA LUMPUR- Malaysia mencatatkan kedudukan tercorot dalam Indeks Kedaulatan Undang-undang seperti dibentangkan dalam laporan Projek Keadilan Dunia (WJP).
Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Malaysia jatuh 4 anak tangga dari kedudukan 35 ke 39, yang menunjukkan kerajaan tidak komited menegakkan kedaulatan undang-undang.
Daripada segi keterbukaan kerajaan, katanya, Malaysia menduduki tangga ke-88 daripada 102 negara.
“Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia sememangnya tidak terbuka dalam aspek-aspek yang dinilai seperti undang-undang sedia ada, akses kepada maklumat, penglibatan rakyat dan mekanisme membuat aduan,” katanya dalam sidang media di lobi parlimen.
Malaysia turut mencatatkan prestasi mengecewakan dalam aspek hak asasi manusia apabila menduduki tangga ke 78 daripada 102 negara. Manakala kebebasan bersuara, kebebasan berpersatuan dan kebebasan agama juga mencatatkan markah yang rendah.
“Persepsi indeks ini dikuatkan lagi dengan pindaan terbaru Akta Hasutan 1948 dan tangkapan polis terhadap pemimpin politik dan aktivis dalam kes Akta Hasutan dalam mengekang kebebasan bersuara.
“Bukan itu sahaja, insiden penurunan salib di gereja Taman Medan menyumbang markah corot dalam aspek kebebasan agama,” katanya yang juga Naib Presiden KEADILAN.
Jelas Shamsul, dalam pembentangan Rancangan Malaysia ke 11 (RMK 11) tidak disebut langsung mengenai kedaulatan undang-undang.
“Ini bukan cerminan sebuah negara maju di mana rule of law diangkat menjadi agenda kerajaan dalam membangunkan negara.
“Malah sebaliknya mewujudkan undang-undang baru yang mengambil semula semangat ISA dan tahanan tanpa bicara seperti Akta Pencegahan Keganasan 2015,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil.
WJP adalah satu badan bebas yang mengukur prestasi kerajaan-kerajaan di dunia dalam mengangkat kedaulatan undang-undang atau rule of law.
Faktor yang diambil kira ialah kekangan kuasa kerajaan, ketiadaan rasuah, keterbukaan kerajaan, hak fundamental, keselamatan dan ketenteraman awam, penguatkuasaan, regulatori, keadilan sivil dan keadilan jenayah.