Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Polis tiada rekod kes hasutan pada 1948

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata berdasarkan rekod polis, sebanyak 409 kes telah disiasat di bawah Akta Hasutan sejak 2008.

Sejak 2008 hingga 22 Februari 2015, kesemua kes tersebut disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 oleh pihak polis.

Malah, daripada jumlah tersebut sebanyak 26 kes telah dituduh di Mahkamah, 99 kes masih dalam siasatan, 30 kes dirujuk kepada timbalan pendakwaraya, 116 kes memerlukan siasatan lanjut dan 138 kes masih dikategorikan sebagai tiada tindakan lanjutan (NFA).

Selain itu, KDN juga berkata, pihak polis tidak mempunyai rekod kes yang dibuka dan disiasat semenjak 1948 memandangkan pada ketika itu tiada rakyat Malaysia yang menjalankan aktiviti berbaur hasutan.

Justeru, kementerian itu berharap supaya penghargaan diberikan kepada kerajaan terdahulu kerana bersedia dari awal untuk menggubal akta tersebut memandangkan pada ketika ini ada pihak yang cuba memecahbelahkan perpaduan dan wujud kumpulan yang cuba menghasut rakyat menentang kerajaan.

"Pihak polis tidak mempunyai rekod bagi kes-kes yang dibuka dan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 semenjak tarikh tersebut kerana pada ketika itu belum ada lagi rakyat Malaysia menjalankan aktiviti berbaur hasutan.

"Dengan perubahan masa dan ada sesetengah pihak cuba memecahbelahkan perpaduan sedia ada, wujudlah kumpulan-kumpulan tertentu cuba menghasut rakyat menentang kerajaan.

"Kita harus mengucapkan syabas dan terima kasih kepada kerajaan terdahulu yang telah bersedia dari awal lagi untuk menggubal akta ini sebelum sesuatu peristiwa yang tidak diingini berlaku.

“Memandangkan akta ini relevan sehingga ke hari ini, maka kita seharusnya menyokong agar ia dikekalkan," kata kementerian itu dalam pertanyaan jawab lisan Dewan Rakyat oleh Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) semalam.

Sebelum ini, beberapa dakwaan, tangkapan dan siasatan dilakukan oleh pihak polis bawah akta tersebut antaranya terhadap pemimpin politik pembangkang, aktivis, wartawan dan kartunis. 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Trending Articles