MALAYSIAKINI
Lebih 600 anggota badan bukan kerajaan (NGO) dan Pemuda Umno Selangor mendesak kerajaan negeri supaya segera menyelesaikan isu penstrukturan air Selangor.
Perhimpunan aman itu diadakan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam semalam, dengan kumpulan berkenaan membawa baldi sebagai simbolik memprotes tindakan Menteri Besar, Azmin Ali, yang didakwa melengah-lengahkan penyelesaian isu tersebut.
Tunjuk perasaan itu berlangsung ketika Dewan Rakyat membincangkan usul mendesak Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang berhubung isu penstrukturan semula industri perkhidmatan airSelangor dan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA2).
Usul itu dikemukakan Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) berikutan Selangor mungkin berdepan risiko pencatuan air jika keupayaan pembekalan air terawat tidak ditingkatkan dari sekarang.
Bercakap kepada pemberita semasa perhimpunan itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Selangor, Zainuri Zakaria berkata sebagai pentadbir negeri, Azmin sepatutnya lebih prihatin dan memandang serius penderitaan dan kepayahan rakyat semasa menghadapi krisis air.
"Warga emas antara golongan yang paling terkesan dengan krisis air tersebut apabila terpaksa menunggu lama sehingga bekalan air dibawa kepada mereka kerana tidak mampu mengangkutnya sendiri ke rumah masing-masing," kata Zainuri.
Beliau meminta menteri besar mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili pada Jumaat ini bagi mempercepatkan penstrukturan semula industri air.
Zainuri berkata pihaknya turut menghantar satu memorandum kepada Azmin supaya menteri besar itu dapat memastikan industri air di Selangor mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat pada masa depan.
Mac lepas, Mohamed Azmin membatalkan perjanjian penstrukturan air Selangor dengan Kerajaan Persekutuan itu atas alasan Putrajaya melanggar terma Perjanjian Utama yang ditandatangani pada 12 Sept tahun lepas. - Bernama