Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Umno-BN biar provokasi agama & kaum berterusan – Anwar

$
0
0

KEADILAN DAILY

 

dsai_tazkirah


KAJANG: Kerajaan Umno-BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seolah-olah membiarkan provokasi politik berbaur hasutan agama dan perkauman di negara ini, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sedangkan kata Anwar, Islam sebagai agama perdamaian tidak pernah menganjurkan kepada penganutnya untuk membenci, menghina dan meminggirkan hak masyarakat bukan Islam.

“Nak tunjuk hebat, baling molotov cocktails (ke gereja), maki hamun dan ugut. Kalau macam ini puak itu nak kembangkan Islam, ada orang nak dengar? Orang akan lebih menyampah,” kata Anwar.

Kata Anwar, kerajaan seolah-olah merestui masalah sosial dan disiplin sebahagian orang Islam di negara ini kerana tiada tindakan undang-iundang, sehingga menyebabkan orang bukan Islam keliru dan tidak percaya kepada kepimpinan orang Melayu-Islam.

“Nak kembangkan Islam macam mana? Dakwah mengikut prinsip Al-Quran memerlukan kebijaksanaan. Kalau tak setuju, berhujahlah dengan perkataan yang baik.

“Seorang pemimpin beragama Islam yang menghayati ajaran mesti menunjukkan sifat adil dan berakhlak. Bukan sekadar sebut ‘hidup Melayu’, tapi balak hilang seribu ekar,” kata Anwar sinis.

Beliau menyifatkan kelemahan ini berpunca dari sikap pemimpin yang dangkal ilmu (semi-literate) dan menjaja ke khalayak seolah-olah mereka adalah tokoh Islam.

Dalam program pembukaan sempena pilhan raya kecil DUN Kajang semalam. Anwar turut bersama penduduk tempatan menunaikan solat Maghrib berjemaah dan menyampaikan tazkirah di Surau Taman Muhibbah.

Dalam tazkirah, Anwar menyingkap kembali usaha dakwah dilakukan Wali Songo yang mengIslamkan pulau Jawa yang pada ketika itu majoriti penduduknya beragama Hindu-Buddha.

“Apa cara mereka? Mereka erdakwah dengan kesabaran dan kebijaksanaan sehingga orang tertarik.

“Sebab itu kita kena tingkatkan mutu pengajaran, kefahaman, amalan dan penghayatan di kalangan orang Islam,” ujarnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722