Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

NGO Melayu sembelih ayam, lumur darah pada gambar pemimpin Cina DAP, PKR

$
0
0
OLEH DIYANA IBRAHIM

Penunjuk perasaan menggunakan penyapu untuk melumur darah ayam pada kain rentang dengan gambar pemimpin DAP semasa bantahan terhadap penghinaan kepada kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong dan Islam di Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 Februari, 2014. Penunjuk perasaan menggunakan penyapu untuk melumur darah ayam pada kain rentang dengan gambar pemimpin DAP semasa bantahan terhadap penghinaan kepada kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong dan Islam di Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli,



Sekumpulan lebih kurang 50 individu yang menggelarkan diri mereka “Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia” bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR sebagai bantahan terhadap penghinaan pemimpin berkenaan kepada majoriti masyarakat Melayu beragama Islam.

Pemimpin yang wajahnya terdapat pada kain rentang itu adalah Kok, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dari DAP dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Lee Khai Loon dari PKR.

Perhimpunan yang dinamakan "Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu” oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina diadakan berhampiran Jalan Tun Perak berdekatan Puduraya, Kuala Lumpur petang ini.

Antara sepanduk yang dinaikkan adalah gambar wajah Kok berbadan ayam selain tulisan berbunyi "Reward atau ganjaran RM500, menghina Islam, azan sembahyang, mencaci Melayu (Melayu sial) tampar dan amik gambar sebagai bukti siapa cepat dia dapat hanya seorang pemenang sahaja."

Seketariat Majlis Permuafakatan Ummah Malaysia Zulkfly Sharif berkata, tindakan menyembelih dan melumurkan darah ayam adalah sebagai simbolik kepada tragedi 13 Mei 1969.

Lebih daripada itu, tindakan bantahan itu juga memberi amaran keras kepada pemimpin terbabit untuk menghentikan segala provakasi yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.

"Empat ayam ekor yang kita bawa mewakili keempat pemimpin cauvanis itu di mana kita hanya dapat menyembelih dua ekor sahaja. Ia adalah amaran untuk tidak lagi mempermainkan isu agama dan bangsa dan tidak mempertikaikan titah Sultan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Selain itu, kumpulan berkenaan juga turut membantah tindakan Lee yang menganjurkan flashmob kangkung menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kita tidak boleh terima perbuatan biadap ini. Isu kangkung yang menjatuhkan martabat dan imej perdana menteri, kerana itu kita turut bertindak mengagihkan sayur kangkung kepada orang ramai.
"Ini membuktikan kangkung adalah sayur kegemaran semua. Tidak hina untuk makan sayur," katanya.

Pada masa yang sama pertubuhan tersebut mendesak Kementerian Dalam Negeri bertindak lebih tegas terhadap bangsa lain dengan mengusir mereka yang tidak fasih berbahasa Melayu atau tidak menunjukkan taat setia kepada raja dan negara diusir keluar.

Bagaimanapun, beliau menolak bahawa tindakan pertubuhan itu mempunyai sentimen perkauman kerana hasrat mereka hanyalah ingin mempertahankan masyarakat Melayu dan agama Islam.

"Kita bukan bersifat perkauman, cuma kita mahu mengekang provakasi yang dilakukan pemimpin pembangkang tersebut yang boleh mencetuskan ketegangan," katanya.

Beliau juga berkata, gerakan mempertahankan maruah tidak akan berhenti dan berterusan sehinggalah tindakan diambil.

"Kita tidak akan berhenti selagi tiada tindakan daripada pihak berkuasa ke atas pemimpin atau siapa sahaja yang bertanggungjawab melakukan provakasi kepada Melayu, maka protes ini akan berterusan," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722