Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Umno tiada rancangan isytihar darurat untuk rampas S’gor

$
0
0


Jelajah Umno di Selangor bertujuan menjelaskan larangan penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam.


PETALING JAYA: Umno Selangor menyangkal dakwaan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli bahawa parti tersebut berkemungkinan menggunakan menggunakan isu ketegangan antara kaum dan agama di negeri itu untuk mengisytiharkan darurat, sekaligus merampas pentadbiran negeri terkaya itu.

Setiausaha Umno Selangor Datuk Johan Abd Aziz menafikan kenyataan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu fitnah.

“Siri jelajah yang kita rancang di seluruh Selangor ini bertujuan untuk menjelaskan kepada orang-orang di kampung mengenai Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) 1998 yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam kerana penggunaan kalimah tersebut dalam Alkitab boleh mengelirukan orang Islam.

“Kita pergi untuk berceramah dan elakkan kekeliruan, kalau PAS tak nak perjuangkan kalimah Allah, biarlah kita yang perjuangkannya, apa salahnya? Siri jelajah ini adalah untuk penerangan, bukannya demonstrasi. Jadi saya rasa kenyataan Rafizi itu satu fitnah,” tegasnya apabila dihubungi hari ini.

Jelas beliau, sambutan baik diterima oleh Umno dalam ceramah yang telah mereka jalankan.

“Kita tak nak orang Islam di Selangor terkeliru kerana penggunaan kalimah Allah dalam Alkitab, siapa yang mahu datang untuk dengar penjelasan dia akan datang, kita tak paksa.

“Dalam ceramah itu pun bukan kita bawa ahli politik untuk menghentam parti-parti lain. Kita tampilkan ustaz-ustaz…ulama, yang mengkaji akan perkara ini dan kita jelaskan mengapa tidak patut orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah,” tambahnya lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semenyih itu turut berkata bahawa program ceramah yang telah dijalankan berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Rafizi, Selasa lalu, dalam satu sidang media, menjelaskan bahawa kehadiran Ketua Umum Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Selangor adalah penting untuk mencegah Umno dari merampas pentadbiran Selangor dari Pakatan Rakyat (PR) melalui pengisytiharan darurat.

Mengambil contoh seperti apa yang berlaku di Kelantan pada tahun 1977, dimana Umno dan Barisan Nasional (BN) menggunakan pendekatan tersebut bagi merampas kuasa dari PAS, tindakan membawa masuk Anwar ke Selangor merupakan tindakan-tindakan berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian sama dari berulang.

“Kita tidak menolak kemungkinan bagaimana isu kaum dan agama dimainkan. Dahulu, Umno pernah melakukannya di Kelantan dan ia bukannya isu ketegangan kaum pun. Apabila timbul perbezaan pendapat, Umno menggunakan kuasa darurat bagi menggantung pentadbiran kerajaan negeri. Ia pernah berlaku sebelum ini.

“Jika isu agama di Selangor berterusan dengan demonstrasi di sana sini setiap minggu terhadap agama lain dan kenyataan sensitif dikeluarkan, ia memberikan pelbagai kemungkinan kepada Umno Selangor dengan menggunakan isu di negeri itu untuk campur tangan,” kata Rafizi, yang dipercayai merujuk kepada siri jelajah Umno Selangor mengenai penerangan enakmen di atas yang diumumkan pertengahan bulan lalu.

Jelas Ahli Parlimen Pandan itu, BN akan mendakwa Selangor berada dalam keadaan rapuh yang seterusnya membolehkan kerajaan persekutuan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri.

Sementara itu, bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menyangkal kenyataan yang dikeluarkan Rafizi.

” Ya Allah… sedangkal ini?,” bidas Faekah di laman Twitternya.

Dalam pada itu, sumber dalaman polis cawangan khas Selangor ketika dihubungi FMT menolak dakwaan rampasan kuasa dengan mengatakan bahawa beliau belum pernah lagi mendengar cubaan tersebut.

“Saya tidak pernah lagi mendengarnya (cubaan merampas kuasa dari Umno). Tugas kami banyak serta membabitkan soal keselamatan,” sumber tersebut berkata.

Walaubagaimanapun, cubaan FMT untuk mendapatkan respon Ketua Polis Selangor Shukri Dahlan didalam hal ini tidak membuahkan berhasil.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722