KUALA LUMPUR - Seorang anggota Dewan Negara hari inimencadangkan supaya kajian dibuat untuk mempastikan sama ada hukuman sebat keatas pesalah lelaki boleh menyebabkan pesalah berkenaan hilang 'kelelakian'. 

Senator Datuk Johari Ibrahim berkata beliau mendengar banyak aduan danpengakuan, termasuk daripada mereka yang pernah menjalani hukuman itu berhubungperkara berkenaan. 

"Kalau (dakwaan itu) betul, ini merupakan satu penganiayaan kepada pesalahberkenaan dan juga isteri jika bekas pesalah telah berkahwin dan mengharapkanzuriat.  

"Jadi kita kena lihat cara sebatan itu kerana bagi saya hukuman sebatbertujuan untuk mengajar dan bukan untuk menyeksa," katanya semasa membahaskanRang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 di Dewan Negara, di sini. 

Dalam isu lain, Senator Datuk Muhammad Olian Abdullah mencadangkan supayamana-mana pihak yang mencemar kedaulatan bendera Malaysia dilucutkankewarganegaraan dan dikenakan hukuman yang lebih berat sebagai pengajaran. 

Beliau yang membahaskan rang undang-undang sama berkata pada masa inihukuman yang dikenakan belum cukup tegas untuk mendidik pesalah berkenaan.

Cadangan itu dipersetujui Senator Datuk Noriah Mahad yang juga mahuKementerian Dalam Negeri turut mengambil tindakan tegas terhadap mereka yangtidak menghormati nyanyian Negaraku, institusi raja-raja dan sebarang simbol kebangsaan. 

"Contohnya mengubah corak, terbalikkan lambang, bakar, sehingga ada yangmengibarkan Sang Saka Malaya ketika 31 Ogos lalu," katanya yang turut menolakpandangan Senator Saiful Izham Ramli bahawa perbuatan itu bertujuan mengingatkan rakyat mengenai sejarah hitam negara. 

  Menegaskan bahawa rakyat tidak perlu mengenang sejarah hitam negara, Noriahberkata Jalur Gemilang sudah diiktiraf, dihormati dan dikenali masyarakat duniasebagai bendera rasmi Malaysia dan ia tidak seharusnya diganti dengan bendera lain hanya kerana kepentingan politik murahan pihak tertentu.

Kontroversi itu timbul selepas sekumpulan individu didapati mengibarkanbendera alternatif itu pada malam sambutan Hari Kemerdekaan ke-56, di DataranMerdeka. - Bernama