Muhammad Faizal
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar hari ini menuntut penjelasan peguam negara berhubung kes penyelewengan program 1Azam yang dikaitkan dengan bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Menurut Mahfuz, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini telahpun membuat siasatan ke atas kes tersebut, bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang kes pendakwaan dibuat oleh pihak Peguam Negara.
"Saya berasa hairan kenapa sehingga sekarang belum ada pendakwaan dilakukan Peguam Negara terhadap bekas Setiausaha Politik kepada seorang menteri sebelum ini walaupun ia telah pun disiasat oleh SPRM.
"Kita tidak tahu kenapa Peguam Negara tidak mahu membuat pendakwaan, kita mahukan penjelasan sebenar atas kes tersebut," jelas beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.
Dalam satu laporan media sebelum ini, bekas setiausaha politik itu dilaporkan telah diikat jamin sebanyak RM50 ribu pada 27 Januari dan sepatutnya pendakwaan akan dilakukan pada 29 Januari.
"Laporan media jelas mengatakan akan ada pendakwaan, tetapi sehingga sekarang kita tidak melihat ada pendakwaan dilakukan di mana-mana mahkamah.
"Kita tidak mahu perkara ini akan diam begitu sahaja, kita berharap pendakwaan dilakukan dengan segera dan Peguam Negara perlu tegas dalam hal sedemikian," sambung beliau.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga turut mempersoalkan adakah tindakan melengah-lengahkan pendakwaan disebabkan akan ada bekas menteri atau pimpinan tertinggi kerajaan akan dipanggil dalam membantu siasatan.
"Kalau ada, Peguam Negara tidak sepatutnya bersikap sedemikian. Kenapa perlu melindungi mereka yang bersekongkol dalam soal rasuah. Kita mahu penjelasan dari Peguam Negara dalam kes ini," soal beliau.
Sebelum ini, Panel Penasihat Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, yang dipengerusikan oleh Datuk Johan Jaaffar bimbang mengenai spekulasi berhubung kes tersebut yang sehingga sekarang belum ada pendakwaan dilakukan.
Johan dalam kenyataannya menegaskan Jabatan Peguam Negara perlu memberi penjelasan berhubung kes tersebut agar ia dapat meredakan spekulasi mengatakan ada campur tangan politik atau pendakwaan terpilih.
SPRM turut memberitahu, bekas setiausaha politik dan seorang pengarah sebuah yayasan itu akan didakwa di bawah Kanun Keseksaan atas tuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM1.1 juta dan satu lagi tuduhan menipu membabitkan RM1 juta.