Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Wanita Umno Mahu Teresa Dikenakan Tindakan Tegas

$
0
0
MSTAR ONLINE


Datuk Nor Hayati Onn
KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita Umno Selangor meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok berhubung penerbitan video berbaur sindiran sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Ketuanya, Datuk Nor Hayati Onn menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat berbilang kaum terutama semasa masyarakat Cina sedang menyambut perayaan mereka.

"Dalam suasana perayaan kaum di negara ini, seharusnya Teresa sensitif dengan apa yang ingin dilakukannya. Walaupun video itu hanya video Tahun Baharu Cina, mengapa ia mempunyai kenyataan berunsur provokasi termasuk apa yang berlaku di Lahad Datu," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Nor Hayati menambah tindakan tegas itu juga perlu sebagai memberi pengajaran kepada mana-mana pihak untuk tidak menerbitkan apa jua bahan yang berunsurkan provokasi.

Ini kerana kebelakangan ini, terdapat pihak yang cenderung untuk sengaja menimbulkan provokasi melalui media sosial yang medium capaiannya amat luas dan pantas, katanya.

Teresa, yang juga Naib Pengerusi DAP, didakwa terbabit dalam penerbitan klip video bertajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014 Video Clip' yang tersebar luas dalam laman YouTube sejak Isnin lepas.

Dalam video klip berdurasi hampir 12 minit itu, Teresa 'berlakon' sebagai pengacara yang menemuramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baharu Cina untuk tahun ini dan tetamu undangan Teresa pula mengeluarkan kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.

Sindiran-sindiran lain didakwa turut ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sementara itu, tiga badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia dan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) membuat laporan polis pada 11.15 pagi tadi untuk menuntut tindakan tegas diambil terhadap Teresa.BERNAMA

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722