PERLETAKAN jawatan wakil rakyat Kajang dan persetujuan meletakkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertanding menjadi berita paling mengejutkan dalam politik negara.
Ia meletakkan KeADILan dan Pakatan Rakyat dalam keadaan defensif, kerana tindakan yang tidak dapat diberi justifikasi dan memberi gambaran kepentingan agenda peribadi dan kumpulan mengatasi kepentingan rakyat.
Banyak persoalan sukar timbul ekoran keputusan perletakan jawatan dan hasrat Anwar bertanding di kerusi Dun Kajang, yang bakal membuka ruang kepadanya menjadi sebahagian kerajaan Selangor.
Sekurang-kurangnya tiga isu utama menjadikan episod terbaharu drama politik di Selangor ini menunjukkan kelemahan serius KeADILan terutamanya, dan juga Pakatan dalam menangani persaingan kuasa di negeri ini.
Perletakan jawatan Lee Chin Cheh tanpa sebarang sebab yang dapat diterima ialah masalah pertama yang timbul, walaupun isu ini terus tenggelam disebabkan perkembangan sele pas itu yang lebih menarik minat ramai.
Kedua ialah keperluan menukar menteri besar sedia ada kepada pemimpin lain, tanpa ada kesalahan atau isu-isu yang membolehkan tindakan ini diambil, dengan persetujuan parti- parti Pakatan yang bersama membentuk kerajaan negeri.
Ketiga pemilihan Anwar, yang dilakukan dengan segera, untuk bertanding di kerusi Dun Kajang.
Ini menimbulkan persoalan berhubung keperluan beliau bertanding dan berperanan dalam politik dan pentadbiran Selangor, pada masa sama beliau berperanan se bagai ketua pembangkang di Parlimen.
Tiga isu ini, tidak dapat tidak menunjukkan ke arah politik peribadi dan kumpulan sematamata, dengan mengabaikan kepentingan rakyat dan kerjasama politik parti-parti Pakatan. Perkembangan ini kini menjadi ujian terbesar kepada Pakatan, melibatkan integritinya sebagai sebuah gabungan yang selama ini mendakwa meletakkan kepentingan rakyat sebagai satu agenda utama perjuangan.
Peletakan jawatan seorang wakil rakyat yang telah dipilih tidak sepatutnya berlaku dengan begitu mudah, dengan matlamat membuka jalan kepada pemimpin lain untuk memposisikan diri dan mendapatkan kuasa.
Menteri besar, bukan sahaja di Selangor tetapi juga di negerinegeri lain sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan kontroversi. Ada yang lebih melibatkan permainan politik dalaman dan antara parti, dan ada yang melibatkan hal pentadbiran.
Menteri besar sedia ada tidak menampakkan sebarang kelemahan yang serius hingga memerlukan beliau diganti, apatah lagi dengan segala drama permainan politik yang bertaraf rendah dan menjejaskan imej dan nama baik Pakatan secara keseluruhan.
Ruang yang dibuka kepada Anwar pula menunjukkan dominasi seorang pemimpin yang berlebih an dan mencetuskan pelbagai konflik lain, kepada kerajaan ne geri, partinya dan Pakatan.
Apa pun kedudukan Anwar sekiranya menang nanti, beliau bakal membawa pengaruh yang besar disebabkan kedudukannya sebagai pemimpin tertinggi Ke- ADILan. Ini akan memberi kesan yang tidak sepatutnya sekiranya beliau dapat menjadi menteri besar, dan lebih buruk lagi sekiranya tidak.
Kerosakan telah berlaku akibat percaturan politik ini, yang terus dikecam bukan sahaja oleh pesaing politik tetapi juga rakan dan penyokong. Parti-parti komponen dalam Pakatan, terutama PAS, perlu mengambil tindakan yang rasional dalam menangani kemelut ini.
Kekecohan yang dirasai pada masa ini, walaupun menggemparkan, mungkin hanyalah permulaan kepada satu kerumitan yang lebih panjang dan kompleks.
Kepentingan kerjasama politik dan menjaga hubungan sememangnya penting demi memastikan kelangsungan pakatan politik ini, tetapi tidaklah jauh lebih mengatasi kepentingan rakyat.