Oleh: AFEEQA AFEERA
SHAH ALAM : Kritikan atau teguran terhadap mana-mana pemimpin yang melibatkan diri dalam politik adalah sesuatu perkara biasa yang harus diterima secara terbuka, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau berkata tiada masalah baginya untuk berhadapan situasi itu kerana apa yang penting rakyat memberi sokongan padu kepada parti pemerintah untuk memberi sumbangan kepada pembangunan negeri.
“Politik memang semua terbuka dan dalam politik kita akan timbulkan satu suasana hormat menghormati.
“Apa yang penting adalah sokongan rakyat kerana rakyat memilih pemimpin yang dapat memberi sumbangan kepada pembangunan dan kejayaan negeri, ” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menghadiri Program Ramah Mesra Bersama Penyokong Bola Sepak Selangor di kediaman rasmi Menteri Besar, di Seksyen 7, semalam.
Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata kemasukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat di Selangor.
“Tujuan kemasukan Anwar adalah hasil daripada pemberhentian Adun.
“Oleh sebab itu dalam masa begitu singkat, kita perlu mencari orang yang dapat diketengahkan untuk mewakili Selangor,” katanya lagi.EZY