KEADILAN DAILY
SHAH ALAM : Langkah meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bagi memastikan Pakatan Rakyat mengekang strategi politik perkauman Umno yang semakin menunjukkan menyemarak isu ketegangan kaum.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata beliau insiden sama juga pernah berlaku di Selangor dan demografi negeri itu mememerlukan kemunculan tokoh politik nasional yang mampu mengendalikan sebarang kemungkinan meletusnya ketegangan kaum.
Katanya, meletakkan Anwar di DUN Kajang adalah satu pertimbangan berisiko besar yang perlu diambil demi kepentingan orang ramai.
“Kita ambil risiko besar memulangkan keputusan ini kepada rakyat, kita jelaskan dan kita minta maaf jika penerangan dan minta maaf kita ini tidak cukup, Anwar Ibrahim akan dihukum.
“Kami tidak memanipulasi sistem seperti yang dilakukan Umno,” kata MP Pandan itu di forum ‘Anwar: Dari Kajang ke Putrajaya’ di ibu negara, baru-baru ini.
Sebak seketika dengan mata kemerah-merahan sehingga ucapannya tersekat-sekat, Rafizi berkata ia adalah satu keputusan yang menyakitkannya tetapi perlu dilakukan demi tanggungjawab kepada orang ramai.
“Ia menyakitkan saya kerana ia adalah idea saya untuk mengheret Anwar Ibrahim ke dalam perkara ini (sebak) dan ia bukan perkara yang mudah.
“Namun apabila tanggungjawab ini jatuh di atas bahu anda (sebak), apa lagi yang anda boleh lakukan?” katanya.
Rafizi menjelaskan pengumuman untuk meletakkan Anwar bertanding dilakukan dengan persetujuan penuh Pakatan Rakyat walaupun pada mulanya ia mengejutkan beberapa pimpinan kanan kerajaan, bekas menteri besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Jelasnya, rundingan untuk menyokong langkah itu dibuat secara rahsia dan pada masa sama, PKR juga “tidak menguruskan” bagaimana kerahsiaan itu dikomunikasikan sesama pimpinan parti masing-masing.
“Cantiknya langkah taktikal ini adalah kerana ia ‘mengejutkan’ dan ya, ia mengejutkan ramai orang kerana cara persetujuan itu diolah,” katanya.
Menurut Rafizi, persetujuan PAS diperolehi pada 24 Januari menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali sementara persetujuan DAP pula diperolehi pada hari Isnin, 27 Januari sebelum pengumuman itu dibuat Tan Sri Khalid Ibrahim pada 29 Januari.EZY