Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

NOH OMAR MAHU LARI MANA? SAMM PULA ANJUR DEBAT

$
0
0

WFAUDZIN NS



NOH Omar atau lebih popular dengan gelaran "Noh Udang" adalah tokoh Umno yang sedang berusaha kuat untuk mencipta nama agar kelihatan lebih hebat dan berwibawa terutamanya di Selangor.

Beliau tahu isu Kalimah Allah di Selangor adalah satu senjata terbaik untuk merealisasikan hasratnya untuk mencipta nama.  Maka, keluarlah dari mulutnya cabaran untuk berdebat dengan sesiapa sahaja dari Pembangkang berkaitan isu tersebut.  Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, tidak sampai 24 jam cabaran beliau disambut oleh MP Shah Alam, YB Khalid Samad.  Akhbar Sinar mengumumkan bersedia menjadi Penganjur dan tarikh, masa dan tempat telah ditetapkan.

Seperti dijangka ramai pihak, akhirnya debat dibatalkan kononnya sensitif.  Jika benar sensitif, mengapa media mereka dibenarkan memainkan isu ini siang malam?  Mengapa sewaktu Noh Udang membuat cabaran debat sebelum ini tiada pihak yang membuat bantahan atas sebab isu ini sensitif?
Mengapa apabila cabaran itu disambut baru keluar suara-suara bantahan?  Jelas pada kita sandiwara Noh Udang yang memang semua tahu beliau bukannya tokoh yang berani sangat.  Dia pun buat lawak kononnya amat kesal tidak dapat berdebat dengan YB Khalid.  Drama lucu oleh pelakon otak udang.

Sandiwara berlaku lagi.  RTM pula jemput Noh Omar berdebat dengan Ketua Pemuda PAS, Sdr Suhaizan Kayat yang telah diadakan malam tadi.  Tajuk debat adalah berkaitan isu di Dun Kajang.  Sifirnya mudah, puak mereka mahu lihat Pemuda PAS belasah PKR di dalam isu ini dan Noh Omar tentunya ingin membuat provokasi.  Malang sekali lagi, Noh udang tetap Noh udang.  Beliau tidak hadir lagi.  Anjuran RTM, sekutu Umno pun beliau tidak mahu hadir.  Jadi, jangan terasa jika orang Umno pun kata beliau bacul dan memalukan Umno.

Terbaru, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pula tampil untuk menjadi penganjur perdebatan yang dibatalkan oleh Sinar baru-baru ini.  Tajuk yang sama, pendebat juga yang sama iaitu YB Khalid Samad dengan Noh Omar.  YB Khalid Samad telah pun bersetuju untuk hadir debat tersebut walaupun tarikh belum ditetapkan.  Kini bola di kaki Noh Omar.  Ke mana Noh Omar mahu lari lagi?

Di saat menjelang PRK Dun Kajang, maruah Umno Selangor kini terletak pada tokey udang berkenaan.  Ahli Umno akan lihat sendiri apakah drama lawak bodoh Noh Omar selepas ini?  Apakah alasannya kali ini?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722