Hafiz Roslan
KAMPUNG PANDAN - Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berikutan menerbitkan sebuah video menyindir pentdbiran Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (Watch Teresa Kok Wonderful Malaysia Chiness New Year 2014).
Ketua Pemudanya, Mohd Razlan Mohd Rafii berkata, video seperti tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang Ahli Parlimen kerana ada unsur hasutan diantara kaum.
"Bagi kami ia adalah satu video yang berunsur hasutan diantara kaum.
"Jadi kami mengecam sekeras-kerasnya video ini dan kita telah membuat sembilan laporan polis termasuk NGO dari setiap bahagian UMNO wilayah Persekutuan" katanya pada pemberita di sini hari ini.

"Video ini dikeluarkan oleh MP yang dipilih oleh rakyat, sepatutnya berkerja untuk keharmonian, perpaduan dan membangunkan Malaysia.
"Bagi saya Taresa Kok tidak bertanggung jawab dengan niat untuk menjahanamkan negara," ujarnya.
Beliau berharap pihak polis dapat mengambil tindakan terhadap bekas Pengerusi DAP Selangor itu dengan akta yang sedia ada agar boleh disabitkan kesalahan.
Sebelum ini video yang bertajuk Teresa Kok "Onederful" Malaysia CNY 2014 berdurasi 11.39minit itu telah di muat naik ke laman sosial You Tube pada 27 Januari lalu tiga hari sebelum menyambut Tahun Baharu Cina.