MALAYSIAKINI
Isu pertukaran menteri besar mungkin hanya dibincangkan selepas kejayaan pilihan raya kecil (PRK) Kajang.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata pertemuan beliau dengan PAS semalam memberi bayangan positif bahawa PAS bersetuju membantu mendapatkan sokongan kepada calon PKR kelak.
"Kita akan selesaikan satu demi satu... kita tak pernah bincangkan ia (pertukaran MB), perbincangan kami semalam hanya berkenaan PRK Kajang, dalam semangat Pakatan Rakyat," kata beliau ketika ditemui media hari ini.
Kelmarin, portal HarakahDaily melaporkan Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mengingatkan pemimpin dan ahli PAS supaya tidak membuat sebarang kenyataan bersifat spekulatif berhubung isu kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang dan isu kedudukan Menteri Besar Selangor.
Azmin berkata selain daripada PAS, beliau telah bertemu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini serta bakal mengadakan pertemuan dengan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua.
Beliau turut menyatakan terima kasih kepada PAS Selangor kerana telah menyatakan sokongan dan akan membantu Anwar dalam PRK kelak.
"Saya dah dengar pandangan daripada pimpinan PAS dan beri penjelasan dan sambutan cukup positif dan amat mengalu-alukan penegasan PAS dan pendekatan Datuk Mustafa Ali semua ahli PAS supaya bersama-sama dengan gerak kerja di pilihan raya ini.

"Saya yakin dengan kerjasama ini dapat pertahankan Kajang," kata Azmin.