THE MALAYSIAN INSIDER
Kebanyakan di kalangan kita hilang tumpuan dan keliru mengenai asal kewujudan permasalahan kalimah Allah kerana ia berlarutan daripada satu "drama" ke "drama" yang lain.
Maka, saya ingin berkongsi pandangan saya mengenai asal usul berlakunya kontroversi kalimah Allah di negara ini. Hal ini penting kerana sesetengah jalan penyelesaian yang sedang beredar di laman internet, yang dicadangkan bagi masyarakat Kristian, adalah tidak adil serta tidak masuk akal.
Sebagai contohnya, ada yang menggunakan petikan Bible daripada Isa dan menggesa Kristian untuk "memalingkan pipi ke arah lain" (turn the other cheek) bila tersinggung. Dalam maksud lain, penganut Kristian di negara ini digesa untuk berundur dan tidak berkonfrontasi dalam isu ini sebagai mengikut contoh Isa.
Masalahnya, masyarakat Kristian tidak tersinggung pun, tetapi terdapat perkara penting yang perlu kita lihat berkenaan masyarakat Kristian yang digesa untuk bersabar demi memelihara keamanan dan kestabilan negara; atau 'menundukkan kepala, walaupun sedikit'.
Masyarakat Kristian sememangnya "memaling pipi ke arah lain”. Sebagai contoh, demostrasi oleh Umno dan penyokongnya di luar makamah di Putrajaya dan di tempat lain, serta ancaman mengadakan demostrasi mega pada masa depan, road show anjuran Umno untuk 'menerangkan kebenaran isu kalimah Allah kepada umat Islam' dan mereka sewenang-wenangnya menuduh seorang Kristian – Paderi Lawrence Andrew (walhal semua Kristian berdiri teguh di bawah perlembagaan negara ini dalam hak kebebasan beragama).
Contoh lain ialah ancaman membakar Alkitab, pelbagai tuduhan tidak berasas dilempar, laporan polis dan ancaman penyokong Umno, menggunakan kesempatan isu kalimah Allah untuk memburukkan pihak pembangkang serta membuat tuduhan melulu kononnya masyarakat Kristian ingin menukar Malaysia menjadi negara Kristian dan membakar patung dan foto muka Paderi Lawrence Andrew.
Dalam masa dua tahun, tiada ada satu pun tindakan balas yang melulu daripada masyarakat Kristian.
Paling tidak, Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) dan ketua-ketua Gereja di Sabah dan Sarawak mengeluarkan beberapa kenyataan berhubung isu ini. Maka, masyarakat Kristian sememangnya bersabar dan "memaling pipi ke arah lain" demi memelihara keamanan antara agama yang merupakan ajaran termulia dalam agama Kristian, serta memelihara keharmonian negara kita.
Secara jujurnya, kata-kata Muhammad Tajuddin berkenaan "menjaga keselamatan" masyarakat Kristian di negara ini menunjukkan bahawa betapa bahayanya ancaman yang dihadapai oleh masyarakat Kristian di Malaysia. Tanpa sebarang tindakan balas selain rayuan untuk kekal bersabar, bersikap rasional, dan berdoa untuk kedamaian.
Mahatma Gandhi dan Martin Luther King Jr diangkat oleh Muhammad Tajuddin sebagai contoh "memaling pipi ke arah lain" kerana menerima ketidakadilan secara aman: namun begitu tiada satu pun daripada tokoh keamanan ini "memaling pipi ke arah lain". Bahkan, mereka mengajar masyarakat dunia makna bantahan awam (civil disobedience) dan mengadakan protes terhadap ketidakadilan dengan melakukan perkara yang diharamkan, tetapi bukan dengan keganasan - terhadap kerajaan colonial (Gandhi), dan terhadap undang-undang yang tidak adil (undang-undang pengasingan - Martin Luther King).
Martin Luther King mengadakan protes dengan menduduki ruangan tempat duduk bas, restoran dan sebagainya untuk "Orang Putih Sahaja"). Contoh lain: Rakyat kulit hitam Amerika Syarikat berjalan beramai-ramai untuk protes secara aman. Mereka langsung tidak berundur atau berdiam diri menerima keadaan pengasingan kaum pada masa itu, dan "memaling pipi ke arah lain".
4. Ramai rakyat Malaysia terus mencadangkan agar orang Kristian menggunakan perkataan 'Tuhan' dan bukan Allah. Fakta kajian daripada CFM (ditulis dalam tiga bahasa) yang boleh didapati dengan meluas di semua media atas talian dan dari pejabat CFM, menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan isu ini dan isu lain yang berkaitan. Realitinya, Alkitab diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu sejak empat abad lalu, menggunakan kedua-dua perkataan Tuhan dan Allah.
Dalam petikan di mana Tuhan merujuk kepada diri-Nya sebagai "Tuhan", ayatnya berbunyi, " Saya adalah Tuhan dan Allah Kamu" (I am your Lord and your God). Maka dengan menggantikan Allah dengan 'Tuhan ' bermakna menulis "Saya adalah Tuhan dan Tuhan Kamu", secara tidak langsung akan menjadikan Kristian musyrik, hal ini kerana orang Kristian adalah beragama tauhid sebagaimana orang Islam. Berkenaan dengan teologi Triniti, seperti yang difahami oleh orang Islam, Allah hanya merupakan rujukan linguistik bagi makna Tuhan dalam bahasa, budaya dan sempadan geografi daripada tiga agama Ibrahim. Agama Kristian wujud sebelum Islam.
Sejak berabad lagi, masyarakat Kristian yang bertutur dalam bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka membentuk 64% daripada jumlah keseluruhan penganut Kristian di Malaysia, malah mereka hanya mempunyai bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar mereka. Mereka juga menggunakan kalimah Allah tanpa sebarang gangguan sehingga baru-baru ini.
Jika apa yang diinginkan oleh orang Kristian adalah untuk mengekalkan hak asal mereka menggunakan Allah sejak turun temurun, mengapa perlu Kristian melepaskan hak asal mereka dan bertolak-ansur? Sesungguhnya mereka yang ingin mengganggu hak penggunaan Allah oleh masyarakat Kristian yang sepatutnya perlu bertolak ansur. Sememangnya itulah tanggungjawab mereka yang membuka isu ini.
Siapakah yang sengaja ingin mengganggu hak asal tersebut? Ia adalah pihak berkuasa agama iaitu dengan mengharamkan penggunaan perkataan Allah dan termasuk juga perkataan lain seperti Haji dan surau oleh orang bukan Islam.
Bekas Menteri Negeri Dalam Negeri memutuskan bahawa sebuah majalah Gereja Katolik (Herald) yang diedarkan di kalangan penganut Katolik yang melanggani majalah tersebut sahaja, tidak boleh menggunakan kalimah Allah dalam seksyen Herald dalam bahasa Melayu, kerana Herald diedarkan di Sabah dan Sarawak. Ini adalah asal usul isu Allah, tetapi fakta isu ini langsung tidak disiarkan kepada semua, terutama bagi orang Islam.
Selepas bertahun-tahun melakukan pelbagai rundingan, rayuan, melampirkan bukti dan sebagai secara tertutup; gereja Katolik akhirnya menemui jalan buntu. Mereka tidak mempunyai pilihan tetapi untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap menteri dalam negeri, mahkamah atas pengharaman penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat Kristian.
Jalan terakhir ini adalah rekursa yang logik dan muktamad bagi warganegara Malaysia yang dilindungi oleh perjanjian Perlembagaan termasuk kebebasan beragama dan kebebasan untuk mengurus hal ehwal agama seseorang. Maka, bukan orang Kristian yang memulakan konflik isu Allah ini.
Gereja Katolik menjadi mangsa pertama di mana Kementerian Dalam Megeri memilih untuk 'mengharamkan' penerbitan majalah mereka – namun, kementerian tersebut boleh sahaja memilih untuk mengharamkan mana-mana penerbitan Kristian yang lain.
Oleh itu, perjuangan untuk mengekalkan hak asal penggunaan kalimah Allah bagi 64% Kristian di Malaysia adalah perjuangan untuk semua orang Kristian. Ini bukan lagi perjuangan Gereja Katolik dan Paderi Lawrence Andrew, seorang paderi Katolik Jesuit dan editor Herald. Beliau juga bukan seorang yang berniat jahat seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak.
Tidak terdapat di mana-mana dalam upacara sembahyang Kristian Malaysia atau di dalam Alkitab bahasa Inggeris, Tamil atau Cina, di mana kalimah Allah muncul, dan orang Kristian tidak mempunyai niat untuk menukar perkataan Tuhan kepada Allah di dalam AlKitab.
Tuduhan yang disebarkan dalam laman sesawang ini adalah salah satu pembohongan besar, bahkan ditambah pula dengan adendum bahawa orang Kristian kini cuba untuk merampas 'hak' keistimewaan Melayu dan Islam - sebuah isu 'sensitif' bagi mereka yang memperjuangkan 'ketuanan Melayu'. Ini termasuk pembohongan lain bahawa Kristian mahu menggunakan kalimah Allah untuk 'mengelirukan' dan ' memurtadkan' umat Islam. Semakin ramai umat Islam sendiri juga mempersoalkan: Adakah kepercayaan mereka begitu lemah? Jadi mereka mudah berubah?
Sejak Mahkamah Rayuan memberi penghakiman bahawa Kristian diharamkan daripada menggunakan kalimah Allah, ulama Islam seluruh dunia (dan di Malaysia) - semua bersepakat tidak bersetuju dan mencemuh tindakan pengharaman tersebut, mereka juga "berasa aib" terhadap versi Islam di Malaysia yang menjadikan kalimah Allah sebagai perkataan eksklusif bagi orang Islam sahaja (petikan ini dipaparkan dalam media alternatif).
Dalam pada itu, media daripada negara-negara Islam mentertawa serta mengkritik Malaysia - dari Timur Tengah; dan Turki, Pakistan, termasuk juga jiran kita Indonesia yang merupakan negara Islam terbesar di dunia. Dalam akhbar Jakarta Post terpampang tajuk "Sejak bila orang Islam memiliki Tuhan?". Akhbar tersebut membuat kesimpulan sebagaimana orang Kristian di Malaysia simpulkan bahawa kalimah Allah hanya satu rujukan linguistik bagi perkataan Tuhan. Ia tidak mendatangkan apa-apa masalah besar kepada sesiapa pun.
Orang Kristian adalah masyarakat yang mencintai keamanan dan tidak sesekali bertindak secara melulu. Kami tidak ingin memberi tindakan balas atau meminta pihak yang menentang orang Kristian dalam isu ini untuk berundur.
Kita hanya ingin meminta kembalikan Malaysia kepada sedia kala yang aman damai. Namun, isu ini dikacau-bilaukan dan kemudian dimanipuasi, diputar belik dan kini diancam dan dikeji sebagai agenda bagi menjatuhkan Islam. Keindahan agama dan dunia Islam kini digunakan sebagai alat untuk agenda tertentu - termasuk agenda politik. Islam tidak akan terselamat dan menjadi salah satu agama yang paling pesat berkembang di dalam dunia jika umatnya begitu mudah dimanipulasikan, 'keliru' dan 'dimurtadkan'.
Tidak ada ayat dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa orang Kristian tidak boleh menggunakan kalimah Allah. Orang Kristian digambarkan sebagai Ahli Kitab dan yang mempunyai hubungan paling erat dengan umat Islam. Sememangnya, terdapat dua jenis petikan di dalam Al-Quran mengenai Kristian dan Yahudi - ayat yang berbentuk positif (boleh ditemui dengan banyak dalam Al-Quran); dan ayat berbentuk negatif (kurang ditemui dalam Al-Quran).
Teori naskh atau pembatalan ayat positif tidak pula diberi perhatian di sini. Naskh selalunya digunakan sebahagian besarnya untuk isu fiqh kerana perundangan Syariah adalah dipetik daripada al-Quran. Namun, ayat yang tertakluk kepada naskh dikurangkan daripada 270 ayat kepada kira-kira 20 ayat sahaja. Tiada satu pun daripada ayat yang berbentuk positif berkenaan Kristian yang dimansuhkan .
Saya menulis semua ini dengan harapan untuk menjernihkan isu ini dan membuka ruang pemikiran yang rasional terhadap isu ini, sebelum ia menjadi tidak terkawal dan membahayakan masyarakat negara ini - kebanyakannya melalui taktik manipulasi, penipuan, kejahilan akal, dan kepentingan politik.
Saya menulis ruangan ini berdasarkan rasa hormat yang tinggi terhadap Islam, sebuah agama aman, yang sayangnya diputarbelitkan dan difitnah dalam konflik isu kalimah Allah ini dan secara tidak langsung mengganggu kestabilan dan keamanan sekian lama bagi masyarakat Kristian di negara ini.
* Penulis adalah pembaca The Malaysian Insider.