Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Kajang bukan pekan sate, PKR selar MCA

$
0
0

KL TODAY

SHAH ALAM – PKR mendakwa kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong yang menyifatkan Kajang sebagai pekan sate dalam satu laporan media sebagai satu penghinaan. Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin berkata, Kajang memang terkenal dengan satenya namun ia bukan pekan sate.

“Sebagai seorang pemimpin, Wee Ka Siong sepatutnya sedar bahawa memanggil Kajang sebagai pekan sate adalah sangat menghina dan merendahkan maruah penduduk Kajang.

“Kajang mungkin popular dengan sate, tapi pastinya ia bukan pekan sate atau penduduknya orang-orang sate,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, penduduk Kajang sudah menolak BN dan MCA dalam pilihan raya umum yang lalu, jadi, tiada keperluan untuk MCA untuk terus menghina penduduk Kajang.

“PKR adalah parti berbilang kaum, tidak timbul soal etnik calon. Pandangan mengenai Melayu atau Cina patut mewakili pengundi adalah ketinggalan zaman.

“Jika Malaysia mahu menuju ke arah negara berbilang kaum yang inklusif, langkah pertama adalah melangkaui tanggapan bersifat perkauman,” katanya.

Di Kajang, 48.89 peratus penduduknya adalah kaum Melayu, 40.8 peratus kaum Cina dan 10 peratus adalah kaum India.

Tambahnya, Wanita PKR percaya bahawa Datuk Seri Liow Tiong Lai, Wee Ka Siong dan MCA tidak lagi relevan untuk bercakap bagi pihak komuniti Cina.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722