Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Bila Bahtera tidak berNakhoda, Negara Tidak Berketua.

$
0
0

sakmongkol.blogspot




Bila bahtera tidak ada nakhoda, haluan nya tak tentu hala. Bila negara tidak ada pemimpin, negara huru hara dan kacau bilau. Lihat dikeliling kita. Akibat boros berbelanja, negara kehabisan wang. Kerajaan naikkan cukai untuk menampung kos birokrasi dan mendanai projek2 kroni. Itu sahaja rahsia nya, cukai naik, belanja keatas kebajikan ditarik balik supaya kerajaan ada wang untuk belanja yang bukan2. Kos hidup naik dicerminkan oleh kenaikan harga hampir semua barang keperluan. Pakaian, perumahan dan bahan makanan. 

 Keadaan masyarakat huru hara. Melayu digambarkan sebagai diancam oleh musuh sana dan sini maka sasaran kemarahan orang Melayu ialah orang bukan Melayu. Ada puak pelampau dalam agama. Tidak cukup dengan menuduh orang berfaham syiah, hari ini Zahid Hamidi hendak mengujudkan polis syarie. Adakah mereka akan mempolisi perlakuan rakyat dan dibenarkan masuk kedalam rumah? Masyarakat berpecah belah dan dianjur berkelahi. Para pemimpin hidup dalam serba serbi kemewahan, rakyat menanggung derita. 

Inilah akibat kalau kita membenarkan orang2 bodoh naik dan jadi pemimpin. Mereka akan memaksa keatas kita, keterbatasan dan kekurangan yang ada pada diri mereka. Pendidikan terhad, pembacaan kurang, pergaulan terbatas, pengalaman sempit- semua kekurangan ini dikenakan keatas masyarakat. Mundurlah masyarakat yang dipimpin nya jika demikian. Kalau orang bertanya saya mengapa bangsa Melayu agak mundur, jawapan saya ialah lihat dan kaji kualiti pemimpin mereka. 

 Saya hendak beritahu pemimpin kerajaan, tugas pemimpin disetiap lapisan termasuk mendidik masyarakat dengan pencerahan. Bahwa dalam kehidupan ini ada standard2 tinggi yang harus diterapi, bukan berselaput dengan comot daki dan kesempitan pengalaman pemimpin bodoh. 

Lihat kepada pimpinan Dato Najib. Sejak dahulu lagi saya sudah  nyatakan- cara Najib menyelesaikan masaalah ialah dengan membayar jalan keluar. Bukan mahu laksanakan dasar kebajikan yang menyeluruh dan berjangka masa panjang- bahkan setiap kebaikan yang diberi kepada rakyat mahu ditonjolkan sebagai cerminan ehsan dan baik hati kerajaan dan diri. Ini bukan suatu langkah yang memerdekakan minda rakyat melainkan menjiwa-hambakan mereka.Najib mahu dipuja seperti dewa. 

Setiap isiu besar yang Najib depani, didahului dengan pemberian rasuah dan tumbuk rusuk. Lihat sahajalah dahulu ketika merasuah para peneroka dengan RM15,000 seorang, dia mengharamjadahkan sesetengah peneroka. Kemana RM15,000 itu membawa peneroka?Ianya membawa peneroka Felda kearah neraka dunia. 

Elok kita mengaku sahajalah-dikalangan warga Felda tidak ada setiakawan. Sebahagian tidak buat apa2 bila melihat sebahagian yang lain diharamjadahkan. Ini lah yang UMNO lakukan- memecahbelahkan perpaduan dikalangan peneroka. Saya menyeru warga Felda atas nama setiakawan warga felda, bersatulah menentang pihak yang menindas. Kamu tidak akan hilang apa apa kecuali rantai belenggu sang penindas. 

Hari ini akhirnya 112,635 peneroka hanya ada tanah 10 ekar yang semakin hari semakin mengecil sebab tanah tersebut dikongsi antara anak2. Jika mereka membeli sedikit saham FGV, harga nya hari ini RM4.50 kurang dari harga terbitan awal. Segala harta milik Felda Holdings seperti kilang pemerah sawit, kilang penapis, lori pengangkutan, bangunan semua nya digadai kepada FGV. Termasuk 360,000 hektar tanah Felda Holidngs dengan bayaran yang 40% bawah pasaran selama 99 tahun. 360,000 hektar yang boleh mencipta hampir 89,000 peneroka baru terlepas dari tangan peneroka. 360,000 hektar yang sepatutna sudah menempatkan peneroka sejak mula lagi. 

Berapa billion yang felda dapat dari penyenaraian FGV setelah RM5 bilion diberi kepada jabatan PM penjaga Felda? Dari bahagian Felda, berapa Felda bayar ke EPF? Dari baki setelah bayar hutang berapa yang diperolehi oleh peneroka melalui pegangan mereka dalam Felda Holdings? Berapa yang didapati oleh 220,000 pencarum saham Felda Holdings?  Kita belum tahu berapa banyak, sebab harta peneroka sudah dirompak penyamun2 dan transaksi dilakukan dalam suasana rahsia. 

Februari ini Najib akan bayar BR1M #3. Hampir 8 juta orang akan dapat pemberian purata RM550 seorang. Kerajaan Najib akan berbelanja sekitar RM4.4 billion lagi. Lagi berjuta untuk mendiamkan rakyat yang resah. Berapa lama bayaran2 ini boleh menyelesaikan masaalah? Mungkin untuk sebentar ia meminjamkan kepada Najib nyawa politik nya. ini menujukkan Najib sudah bengkrap wawasan bagaimana mengangkat martabat rakyat.

Apa yang terjadi kepada negara ini? 

Masaalah pokok negara kita sebenarnya  ialah kes tidak berkepiminan. Our country is leaderless. Our ship of state is rudderless. Apakah pilihan kepada rakyat? langkah pertama ialah mencari pemimpin negara. 

Semakin hari, semakin rakyat memerlukan kuasa ke3 untuk tampil menyatukan kumpulan politk yang mahukan suatu Malaysia yang baru. Rakyat yang berbilang bangsa berhak mendapat pemerintah yang lebih baik. Pemerintahan yang demikian hanya boleh dibina oleh kumpulan individu yang terbaik. Yakni mereka yang melihat usaha menubuhkan kerajaan sebagai suatu tanggunjawab yang serious. Barisan individu terbaik yang komited kepada idea mengujudkan suatu pemerintahan yang memerintah mengikut prinsip undang2, menjalankan dasar2 yang adil dan saksama. Kita mahukan kerajaan yang mentadbir negara ini tanpa rasuah. Kerajaan yang tidak mengutamakan kepentingan kroni menghisap darah negara ini. Kerajaan yang tegas membenteras semua macam ekstremism- perkauman, agama, reich-wingers. Rakyat mahukan sebuah kerajaan yang mendisiplinkan rakyat nya mengikut peruntukan undang2. 

Apakah punca utama yang menyebabkan keadaan huru hara negara kita? Perkara yang paling asas ialah ketiadaan pemimpin yang cukup kredible dan di hormati untuk memimpin negara. Dimana pemimpin seperti ini? 

Mana dia pemimpin seperti Tengku Razaleigh Hamzah? Dalam keadaan negara yang huru hara dan dibanjiri dengan pelbagai isiu yang gagal ditangani oleh pemerintahan Najib, Tengku Razleigh jangan buang masa duduk dalam UMNO. Lebih baik dia keluar dan mengetuai kuasa ke3.

Sebagai orang Melayu dia sudah memenuhi syarat bahawa pemimpin utama negara ini mesti bangsa Melayu. Ini sebagai refleksi reality politik negara ini dan komposisi kaum. Dia orang Melayu dan saya yakin ramai pemimpin Melayu yang lain akan menyertainya untuk membentuk kerajaan. Saya amat yakin bahawa ramai kumpulan bahkan pemimpin2 UMNO akan menyertai beliau untuk meyelamatkan Malaysia. Tengku Razaleigh mempuntai noblesse obligeuntuk tampil memimpin negara kita. 

Jika Tengku Razaleigh mempimpin negara ini, dia boleh mendapat kerjasama dari parti2 dalam pakatan rakyat. parti di Malaysia Timur yang bukan UMNO pun mempunyai tanggung jawab menyelamatkan negara ini dari pimpinan yang bercelaru. Tinggalkan BN dan ajak Tengku Razaleigh Hamzah bentuk kerajaan baru. Tengku Razaleigh boleh mengisi leadership vacuum yang ada dalam negara kita sekarang. 

Jika Tengku Razaleigh mahu menubuhkan kerajaan yang demokratik, yang memerintah mengikut prinsip undang2 dan menjalankan dasar2 pentadbiran yang adil dan saksama, wawasan nya akan disokong.

Marilah kita mengakui bahawa negara hari ini memerlukan seorang tokoh penyatu. Apa kita ingat muslihat sesetangah pihak mahu mengembalikan Dr Mahathir? Cadangan itu mengandungi harapan bahawa kehadhiran Dr Mahathir dapat menyatupadukan orang Melayu khususnya dan menyuntik hala tuju yang konkrit. Ia juga mengesahkan bahawa kepimpinan yang Malaysia mahukan ialah pimpinan tegas. 

Namun jangan kita ulangi asas ketegasan pimpinan Dr Mahathir. Dr Mahathir memerintah atas dasar strongman. Apa dia cakap, itulah undang2 nya. ini stail kepimpinan yang autokratik. Kita tidak sedikit pun takut sama ada Najib mahu membawa balik Mahathir atau tidak, tapi kita mesti menentang autocracy. Ini dia asas penentangan dan penolakan kepada idea lapuk yang datang dari beberapa pensiunan politik. Tak ada idea lain kah untuk membangunkan negara ini?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722