Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Tiada masalah Anwar jadi MB

$
0
0

Abdul Aziz BariAbdul Aziz Bari
 
 
SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai masalah untuk menjadi Menteri Besar Selangor, kerana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor hanya meletakkan syarat Melayu dan Islam, selain sokongan majoriti dalam Dun.

Pakar perundangan, Dr Abdul Aziz Bari berpendapat, adalah tidak mustahil Anwar boleh menjadi menteri besar yang baharu kerana kerusi Dun Kajang kini telah dikosongkan dan ia memberi laluan kepadanya untuk menjadi Adun.

Bagaimanapun, kesemuanya bergantung sama ada Anwar berjaya mendapatkan perkenan daripada Sultan Selangor atau tidak.

"Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri telah menyebut pentingnya perkenan Sultan dan persetujuan PR sebelum beliau dapat digantikan," katanya dalam satu kenyataan.

Namun, Abdul Aziz berkata, dari sudut perlembagaan, peranan sultan tidak disebutkan, kerana budi bicara melantik sebenarnya hanya relevan jika calon yang mahu dilantik masih lagi tidak jelas.

“Sekiranya parti yang ada dalam dewan itu sepakat menamakan seseorang maka sebenarnya istana tidak ada pilihan.

"Apa yang berlaku selama ini di mana istana meminta dua atau tiga nama adalah satu perbuatan campur tangan yang tiada asas dalam Perlembagaan,” katanya.Wartawan Sinar Harian

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722