Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

PRK DUN Kajang: SPR Bermesyuarat 5 Februari

$
0
0
MSTAR ONLINE


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara berkaitan kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang, Selangor pada 5 Feb ini.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor pada pukul 12.05 tengah hari ini berhubung peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri Kajang Lee Chin Cheh.

Mesyuarat khas itu akan diadakan di ibu pejabat SPR di Putrajaya dan diikuti sidang media oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, Lee menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas. BERNAMA

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722