Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Himpunan Turun setiap bulan di setiap bandar – Rafizi

$
0
0
Nazar Hashim


KUALA LUMPUR: Himpunan turun kos sara hidup (Turun) akan diadakan setiap bulan di setiap bandar di seluruh negara, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

“Setiap bulan mulai Januari akan diadakan demonstrasi di setiap bandar seluruh negara sekiranya harga barang tetap tidak diturunkan oleh kerajaan,” kata Rafizi dalam himpunan turun kos sara hidup di Seberang Jaya, 26 Januari lalu.
 RAFIZI_SEBERANG_JAYA
Rafizi menegaskan, himpunan Turun membuktikan ia bukan isu perkauman, sebaliknya isu kos sara hidup yang meningkat menyebabkan rakyat pelbagai bangsa turun menunjukkan sokongan.

“Apabila subsidi rakyat masuk ke poket pimpinan BN, ketika itulah penderitaan rakyat bermula.

“Namun apabila ditentang Pakatan Rakyat, mereka (Umno-BN) mainkan isu perkaunan bagi mengalih perkara sebenar,” kata Rafizi di hadapan kira-kira 1,000 peserta himpunan.

“Kita beri ingatan kepada Umno-BN. Sekiranya ada kumpulan yang cuba mengugut dan menakutkan satu orang Cina dengan isu perkauman, sepuluh anak muda Melayu akan bangkit mempertahankan mereka,” kata Rafizi sambil mendapat tepukan gemuruh

“Rakyat mesti ingat, 13 Mei yang dimainkan oleh Umno dan BN tidak ada kaitan langsung.

“Inilah taktik Umno -BN bagi memastikan setiap permainan politik mereka yang jijik itu dilindungi melalui ugutan, ancaman dan desakan,” kata Rafizi

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722