MUHAMMAD FAIZAL
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berpendapat sepatutnya semua pihak perlu melihat terlebih dahulu hasil daripada debat berkaitan isu kalimah Allah bukannya terus membatalkan program tersebut.
Jelasnya, debat merupakan langkah untuk menyelesaikan segala kekeliruan yang berlaku dan menjawab segala persoalan yang melanda masyarakat sekarang.
"Saya menghormati keputusan dari pihak Sinar Harian yang memaklumkan pembatalan debat tersebut dan tak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan yang dibuat.
"Pada pendapat saya sepatutnya kita perlu melihat terlebih dahulu hasil dari debat yang akan dianjurkan, apa yang boleh diputuskan daripadanya sama ada dari sudut negatif mahupun positif.
"Kalau ia dibatalkan tanpa kita mengetahui hasilnya, apa yang kita akan rumuskan adakah debat itu terus mengelirukan masyarakat, menimbulkan ketegangan atau sebaliknya,” jelas beliau kepada Harakahdaily.
Beliau yang menerima makluman melalui sistem pesanan ringkas (sms) tentang pembatalan itu turut memberitahu, persiapan bagi debat telah pun dilaksanakan termasuk jemputan dan juga fakta-fakta yang akan dibentang pada program tersebut.
Sehubungan itu,, beliau bersedia untuk hadir jika ada mana-mana pihak yang sudi menganjur dan menjemput beliau dalam membincangkan isu tersebut jika perkara itu dapat menguraikan kekeliruan yang ada.
"Perkara yang baik sepatutnya diteruskan dan jika ada mana-mana pihak jemput saya sebagai pendebat, saya akan hadir.
"Kita kena perjelaskan dan menyelesaikan kekeliruan yang ada sekarang ini, bukan untuk bergaduh ataupun menunjuk siapa yang hebat tetapi kita mahu mencari penyelesaiannya," sambung beliau yang juga AJK PAS Pusat.
Debat Sinar Harian mengenai isu kalimah Allah antara beliau dengan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang dijadualkan hari ini (27 Januari) terpaksa dibatalkan.
Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali dalam satu kenyataan berkata, keputusan di saat akhir ini dibuat setelah mengambil kira pelbagai sudut situasi terkini