MALYSIAKINI
BERSIH 2.0 menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberhentikan proses persempadan semula sementara menunggu semakan kehakiman yang difailkan oleh seorang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Mahkamah Tinggi Kuching.
Gabungan pemantau pilihan raya itu memberi amaran, keengganan SPR boleh menyebabkan injunksi dipohon untuk menggantung proses inkuiri – yang dijadual bermula esok.
Mahkamah Tinggi Kuching memberi kebenaran kepada permohonan semakan kehakiman oleh ADUN Batul Lintang See Chee How pada 17 Februari lalu.
See mahu sebuah pengisytiharan dibuat bahawa keseluruhan proses persempadan semula sebagai batal dan tidak sah ekoran banyak perkara berkaitannya tidak konsisten.
Menurut bersih, tindakan SPR tergesa-gesa menjadualkan inkuiri itu dalam tempoh tiga minggu dalam tempoh bantahan sebulan mencadangkan bahawa SPR tidak hormat pada proses semakan kehakiman.