HAZAYANI ZAKARIA
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dinasihatkan agar menumpukan tugas menyelesaikan kes-kes jenayah yang semakin berleluasa sebelum menubuhkan Unit Polis Syarie.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, isu-isu berkaitan penguatkuasaan dan perundangan Islam harus diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan pihak polis hanya bekerjasama dari segi penguatkuasaan.
"Datuk Seri Zahid Hamidi eloklah tumpu selesaikan kes-kes jenayah yang semakin menjadi-jadi. Isu berkaitan syariah serahlah kepada Jakim yang lebih arif. Polis hanya perlu beri kerjasama dari segi penahanan, bawa ke lokap dan sebagainya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Jumaat lalu, Zahid mengumumkan kerjasama antara KDN dan Jakim untuk menubuhkan Unit Polis Syarie sebagai langkah menyelesaikan isu-isu berkaitan penguatkuasaan dan perundangan Islam.
Beliau berkata polis akan ditempatkan di Jakim namun tarikh pelaksanaannya belum ditetapkan.
Idris yang juga Pengarah Jabatan Tarbiyah PAS Pusat turut berkata, rakyat sudah jemu mendengar retorik kerajaan sebaliknya mahu melihat kerajaan melaksanakan tugas mengikut bidang kuasa masing-masing.
"Rakyat dah tak mahu dengar retorik KDN dan sebagainya tapi kita mahu melihat mereka menumpukan tugs masing-masing.
"Contohnya polis perlu memberikan perhatian kepada integriti anggotanya, kes kematian dalam tahanan dan sebagainya," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Sebelum ini, cadangan penubuhan Unit Polis Syarie ini turut dipersoal pakar perlembagaan dan peguam syariah.
Mereka mempersoal mengenai keperluan penubuhannya serta bidang biasa yang ada akan diberikan.
Antaranya ialah Presiden Persatuan Peguam Syariah Malaysia, Musa Awang yang tidak bersetuju dengan langkah untuk menubuhkan unit tersebut kerana terdapat banyak soalan mengenai bidang kuasanya.
"Adalah lebih baik untuk memperkukuhkan bidang kuasa penguatkuasa agama negeri yang sudah jelas mengenai undang-undang Islam di sesuatu negeri itu. Bidang kuasa dan fungsi unit baru ini masih tidak jelas,"kata Musa.