Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Datang AGM kalau tak suka komen saya, kata presiden Majlis Peguam

$
0
0
 OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA



Presiden Majlis Peguam telah menasihatkan sekumpulan peguam yang menuntut beliau meletakkan jawatan supaya menghadiri mesyuarat agung tahunan (AGM). – Gambar dari Malaysian Insider, 21 Februari, 2015.Presiden Majlis Peguam telah menasihatkan sekumpulan peguam yang menuntut beliau meletakkan jawatan supaya menghadiri mesyuarat agung tahunan (AGM). – Gambar dari Malaysian Insider.


Presiden Majlis Peguam menasihatkan sekumpulan peguam yang menuntut beliau meletakkan jawatan berhubung kenyataannya mengenai kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menghadiri mesyuarat agung tahunan (AGM) yang akan diadakan dalam masa tiga minggu akan datang.

Christopher Leong berkata, jika 100 peguam yang menandatangani petisyen mengecamnya itu tidak puas hati dengannya, mereka boleh membawa isu tersebut ke mesyuarat itu nanti.

"Mereka perlu menghadiri AGM itu nanti, di mana ramai dari ahli kita akan hadir, dan boleh membangkitkan perkara itu di sana," katanya dalam teks mesej kepada The Malaysian Insider.


Beliau mengulas permintaan yang dibuat kumpulan itu terdahulu hari ini yang memintanya menarik balik kenyataannya dan mengemukakan permohonan maaf awam tanpa syarat kepada badan kehakiman dan orang ramai.

Mereka yang membuat petisyen itu berkata, mereka akan mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan Leong meletak jawatan serta-merta dan Peguam Negara memulakan prosiding terhadapnya kerana menghina mahkamah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722